Abu Sufyan Bin Harb, Suami Hindun Kemudiannya Masuk Islam

Abu Sufyan bin Harb r.a. adalah tokoh penting dalam sejarah awal Islam. Pada peringkat awal, beliau ialah ketua Quraisy yang gigih menentang Rasulullah SAW dan umat Islam. Namun, setelah membuka hatinya kepada kebenaran, beliau memeluk Islam dan menjadi sahabat yang mendukung dakwah Nabi.

Biodata Abu Sufyan

  • Nama penuh: Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abd Syams bin Abd Manaf Al-Qurashi
  • Kunyah: Abu Sufyan
  • Kaum: Quraisy, Bani Umayyah
  • Tempat lahir: Mekah Al-Mukarramah
  • Tahun lahir: ± 560 Masihi

Beliau berasal daripada keluarga bangsawan Quraisy yang kaya dan berpengaruh, sama keturunan dengan Utsman bin Affan dan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Nama sebenarnya ialah Sakhr ibn Harb ibn Umayya ibn Abd Shams, tetapi lebih dikenali dengan gelaran Abu Sufyan.

Kebijaksanaan Abu Sufyan menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Quraisy yang berpengaruh. Dia merupakan ketua suku Bani Abdu Syams. Beliau mempunyai beberapa isteri antaranya Hindun binti Utbah, Safiyyah bint Abi al-As dan Zaynab bint Nawfal. Melalui perkahwinan tersebut, dia telah dikurniakan beberapa orang anak. Anak Abu Sufyan yang dikenali ramai ialah Yazid dan Muawiyah I.

Abu Sufyan Sebelum Islam

Ketika sebelum Islam, Abu Sufyan sentiasa pergi berdagang ke Syam. Pada suatu ketika, umat Islam ingin menahan kafilah dagang Abu Sufyan yang dalam perjalanan ke Mekah. Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah telah berhijrah ke Madinah, dilakukan atas tujuan ingin melemahkan ekonomi penduduk Mekah dan sebagai pengajaran kepada mereka kerana kerap mengganggu umat Islam. Abu Sufyan sempat meminta bantuan daripada kaum Quraisy di Mekah, lebih kurang 1000 orang dikumpulkan menuju ke Badar. Abu Sufyan yang bijak telah berjaya mengelak dari bertembung dengan tentera Islam. Rentetan daripada peristiwa ini, terjadi Perang Badar al-Kubra.

Kaum Quraisy kalah teruk dalam Perang Badar, maka pihak Quraisy ingin membalas dendam terhadap umat Islam. Abu Sufyan bin Harb sendiri pergi dan mengetuai pasukan perang. Perang ini dinamakan Perang Uhud. Kaum Quraisy menang di dalam peperangan ini.

Selepas itu, Abu Sufyan memimpin pula tentera Quraisy yang ingin menakluk Madinah, dalam perang Khandaq namun gagal.

Memeluk Islam

Abu Sufyan akhirnya membuka hatinya pada tahun 8 Hijrah, sebelum Penaklukan Mekah. Melihat kemenangan demi kemenangan Islam, beliau mula menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW bersama tentera Islam bergerak menuju Mekah, Abu Sufyan datang bertemu Nabi dan memeluk Islam. Dengan itu, kedudukannya digunakan untuk menenangkan Quraisy agar tidak menentang tentera Islam.

Abu Sufyan Setelah Islam

Selepas penaklukan Makkah, Abu Sufyan berjuang sebagai salah satu daripada komander Muhammad dalam perang berikutnya. Semasa Pengepungan Taif, beliau kehilangan mata. Saat Muhammad meninggal dunia pada tahun 632, Abu Sufyan adalah bertanggungjawab bagi Najran. Abu Sufyan juga berjuang di dalam peperangan Yarmouk di 636.

Hubungan Keluarga

Abu Sufyan ialah ayah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan, pengasas Dinasti Umayyah dan Khalifah pertama dari Bani Umayyah. Anaknya, Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufyan, adalah isteri Rasulullah SAW dan tergolong dalam Ummahatul Mukminin (Ibu Orang Beriman).

Kewafatan

Abu Sufyan bin Harb wafat pada tahun 32 Hijrah (652 Masihi) pada usia lanjut, sekitar 90 tahun. Beliau meninggal dunia di Madinah dan dikenang sebagai pembesar Quraisy yang akhirnya menjadi sahabat setia Nabi Muhammad SAW.

Wallahua’lam

Sumber :

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments