Nabi Yahya a.s

Izuan
nabi yahya

Nabi Yahya a.s ialah salah seorang utusan Allah SWT. Baginda ialah anak kepada Nabi Zakaria. Kelahiran Yahya a.s ialah hasil daripada doa Nabi Zakaria yang menginginkan zuriat untuk meneruskan usaha dakwah.

Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.

Kemuliaan Nabi Yahya

Firman Allah SWT maksudnya :

“Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali.” (Surah Maryam ayat 12-15)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu hari, baginda mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).

Demikianlah para sahabat berbicara tentang para nabi lalu Rasulullah SAW menemui mereka. Ketika Rasul SAW mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, baginda berkata: “Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon kerana takut dosa, di manakah Yahya bin Zakaria?.”

Peribadi Nabi Yahya

Kesimpulan daripada akhlak Nabi Yahya a.s. dapat disimpulkan seperti berikut :

  1. Mengambil kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.
  2. Mempunyai belas kasihan sesama manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam semesta.
  3. Bersih daripada dosa (tidak melakukan dosa)
  4. Seorang yang bertakwa kepada Allah SWT.
  5. Tidak menderhakai Allah SWT.
  6. Sangat takut kepada Allah SWT dan sering menangis.
  7. Berbakti kepada kedua ibu bapanya.
  8. Tidak menyombongkan dirinya.
  9. Tidak suka membuang masa dengan sia-sia sejak kecil lagi.

Wallaua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini