Nabi Daud as (bahasa Arab: داوود atau داود Dāwūd) (sekitar 1041-971 SM) adalah nabi dan rasul Allah yang diberi kitab Zabur. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM.
Isi Kandungan
Pengenalan
Nama dan nasabnya ialah Daud bin Aysya bin Uwaid bin Abir bin Salmon bin Nahsyun bin Uwainadab bin Iram bin Hashrun bin Farash bin Yahudza bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim Al-Khalil.
Muhammad bin Ishaq meriwayatkan dari sebagian ahlul ilmi, dari Wahab bin Munabbih; Dawud bertubuh pendek, bermata biru, jarang bulunya, berhati suci dan bersih.
Nabi Daud menjadi raja ketika berjaya mengalahkan Jalut dalam sesebuah peperangan. Daud a.s ketika itu berada dalam pasukan tentera Thalut. Walaupun Talut merupakan ketua ketika itu, tetapi Daud yang diangkat menjadi raja sesuai dengan kehendak Allah SWT.
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
Kelebihan Nabi Daud a.s
Mampu Melentur Besi
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”. (Saba’: 10-11)
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (Al-Anbiya’: 80)
Suara Yang Sedap Merdu
Nabi Daud mempunyai suara yang merdu sehinggakan burung dan gunung-ganang turut bertasbih bersamanya.
Dengan suara yang merdu ini, Daud a.s membaca kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.
Diberi kerajaan dan keputusan yang bijaksana
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Sad: 26)
Amalan Nabi Daud
Disebutkan dalam kitab Shahîhain, Rasulullah bersabda,
“Shalat yang paling disukai Allah adalah shalatnya Dawud, dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasanya Dawud; ia tidur separuh malam, qiyamul lail sepertiganya, lalu tidur lagi seperenamnya, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan tidak melarikan diri saat berhadapan dengan musuh.”
Usia dan Wafatnya
Terdapat beberapa pendapat tentang usianya.
Nabi Daud dikatakan meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi.
Wallahua’lam