Apa kelebihan Solat Subuh dan Isyak secara berjemaah?
Hadis Solat Subuh dan Isyak Berjemaah:
Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]
Pengajaran
Berdasarkan hadis solat berjamaah di atas, dapat kita simpulkan bahawa terdapat ganjaran yang besar iaitu mendapat pahala seolah-olah solat sepanjang malam dan dijauhkan dari sifat munafik.
Wallahua’lam