Peristiwa Penting Bulan Ramadan

Izuan
peristiwa penting ramadan jakim

Bulan Ramadan ialah bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Dikenali juga sebagai bulan puasa kerana umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan itu sesuai dengan rukun Islam yang ke-4 iaitu berpuasa di Bulan Ramadan.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu menjadi insan yang bertakwa (QS. Al-Baqarah : 183)

Peristiwa Penting Pada Bulan Ramadan

1. Bulan Diturunkan al-Quran

image 31
(QS. Al-Baqarah : 185)

Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). 

2. Perang Badar

Perang Badar (Bahasa Arab: غزوة بدر), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Muhammad dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.

Perang ini telah dimenangi umat Islam walaupun dalam keadaan memihak kepada Bangsa Quraisy.

3. Pembukaan Kota Makkah

Pembukaan Kota Makkah bermula pada tanggal 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.

Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila Musyrikin Makkah melanggar Perjanjian Hudaibiyyah yang telah dimeterai dengan orang Islam.

Apabila Muhammad mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah.

Untuk memasuki kota Mekah Muhammad memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.

4. Penyerahan Kota Taif

Kota Taif pernah mencatatkan sejarah hitam apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa baginda berdakwah di sana.

Selepas baginda dan umat Islam Berjaya membebaskan Makkah, golongan bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.

Akhirnya rombongan mereka datang ke Makkah pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah dengan menyerahkan Bandar Thaif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini pun dimusnahkan.

5. Penaklukan Andalusia (Sepanyol)

Andalusia adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya, Andalusia ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalusia selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini