Bilal bin Rabah, Tukang Azan

Izuan
Bilal bin rabah

Bilal bin Rabah ialah salah seorang sahabat nabi dan dipilih menjadi muazzin pertama dalam Islam. Beliau dilahirkan di Mekah pada 580M. Bilal dibesarkan di Mekah sebagai seorang hamba yatim Bani Jumah yang berada bawah jagaan Umaiyah bin Khalaf.

Dalam buku The Life of Muhammad oleh Willian Muir, ciri fizikal Bilal ialah “tinggi, gelap, dengan ciri-ciri orang Afrika dan rambut tebal.” Muir juga menyatakan bahawa ahli pembesar Quraisy benci Bilal dan memanggil beliau “Ibnu Saudah” (anak perempuan hitam).

Ketika Nabi Muhammad bermula berdakwah, ahli pembesar Quraisy merancang apa yang patut dibuat dengan Baginda. Bilal yang ketika itu mengikut tuan beliau, Umaiyah, terdengar tentang Muhammad dan ajarannya tentang Tuhan yang Esa. Beliau terpesona dengan Islam dan menjadi antara orang yang awal masuk Islam, golongan yang dikenal sebagai al-Sabiqun al-Awwalun.

Penyeksaan Bilal bin Rabah

image 1

Apabila Umaiyah dapat tahu, dia mula menyeksa Bilal. Selepas didesaki Abu Jahal, Umaiyah mengikat Bilal di leher dan mengheret beliau keliling Mekah melalui kampung dan bukit-bukit sehingga berparut lehernya kesan jerutan tali. Sementara kanak-kanak mengejeknya. 

Bilal tetap enggan meninggalkan Islam dan terus-menerus mengucap “Ahadun Ahad” (Tuhan yang Esa). Marah dengannya, Umaiyah menyebat dan dipukul beliau sambil diikat atas tanah pasir yang panas. Kemudian, Umaiyah meletakkan satu batu besar atas dadanya sambil berkata, “aku akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau mati atau kau kufur dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah al-Lata dan al-Uzza”.

Khabar tentang beliau sampai ke telinga sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang kemudian memberitahu Baginda. Abu Bakr pun membeli Bilal bin Rabah di mana satu riwayat mengatakan dengan nilai seorang budak hamba lain, dan diriwayat lain mengatakan dengan harga lima perak. Kemudian beliau membebaskan Bilal bin Rabah.

Azan Pertama Bilal Bin Rabah

Saat Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Bilal pun turut serta bersama kaum Muslim lainnya. Ketika Masjid Nabawi selesai dibangun, Rasulullah SAW mencari tukang azan. Rasulullah SAW kemudian menunjuk Bilal untuk mengumandangkan azan karena ia memiliki suara yang merdu. Lalu, Bilal mengumandangkan azan sebagai pertanda dilaksanakannya solat lima waktu. Sejak saat itu, Bilal mendapat julukan sebagai Muadzzin ar-Rasul dan ia menjadi muazzin pertama dalam sejarah Islam.

Biasanya, setelah mengumandangkan azan, Bilal berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW seraya berseru, “Hayya ‘alashshalaati hayya ‘alashshalaati (Mari melaksanakan shalat, mari meraih keuntungan).” Lalu, ketika Rasulullah SAW keluar dari rumah dan Bilal melihatnya, ia segera melantunkan iqamat sebagai tanda shalat berjamaah akan segera dimulai.

Ketika di Makkah, Bilal bin Rabah juga merupakan orang pertama yang melaungkan azan setelah terjadinya peristiwa Pembukaan Makkah. Beliau naik ke atas Kaabah dan mengumandangkan azan.

Sejak saat itu, Bilal pun terkenal sebagai muazin Rasul. Bahkan, ia menjadi muazin tetap saat Rasul masih hidup. Tidak ada orang lain yang menggantikan Bilal. Yang lain pun tak keberatan Bilal melakukannya.

Tapak Kaki Bilal di Syurga

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Bilal bin Rabah :

يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga.

Kemudian Bilal R.A menjawab :

 مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ‏

Maksudnya : Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat.

Riwayat Al-Bukhari (1149)

Azan Terakhir Bilal bin Rabah

Namun, saat Rasulullah SAW wafat dan ketika azan akan dikumandangkan, Bilal pun segera berdiri untuk melaksanakan kewajibannya. Saat itu, jasad Rasulullah SAW masih terbungkus kain kafan dan belum dikebumikan.

Bilal azan seperti biasa, tetapi ketika Bilal sampai pada kalimat, “Asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaah (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah),” tiba-tiba suaranya terhenti. Bilal menangis. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Bilal merasakan betapa sedihnya ditinggalkan oleh manusia yang paling dicintainya.

Tangisan Bilal itu diiringi oleh kaum Muslim yang hadir. Mereka semua menangis karena ditinggal pergi sang kekasih. Setelah itu Bilal meminta mengundurkan diri sebagai muazzin kerana tidak mampu menahan kesedihan dan rindu kepada Baginda SAW.

Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damaskus pada 20 H. Jasadnya dimakamkan di sana. Namun, ada riwayat yang menyebutkan bahwa jasad Bilal dimakamkan di wilayah Halb.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini