Mari ketahui bagaimana Saidina Abu Bakar menjadi khalifah.
Kewafatan Rasulullah SAW
Ketika tersiarnya berita tentang wafatnya Rasulullah SAW, sebahagian para sahabat tidak mempercayainya. Hal ini terus berlanjut sehinggalah Abu Bakar RA mendatangi masjid dimana Rasulullah SAW terbaring. Setelah meminta izin kepada Aisyah, Abu Bakar menghadap jasad Rasulullah SAW dan kemudian menciumnya sambil menitiskan air mata.
Abu Bakar al-Shiddiq kemudian keluar menemui orang ramai yang di antara mereka adalah Umar bin Khattab yang tidak mempercayai berita wafatnya Rasulullah SAW. Abu Bakar al-Siddiq menaiki mimbar dan meminta kepada seluruh yang hadir untuk duduk.
Abu Bakar al-Siddiq kemudian berkata, “Siapa yang menyembah Muhammad maka sungguh Muhammad telah tiada, dan siapa yang menyembah Allah SWT maka sesungguhnya Allah SWT maha hidup dan tidak mati.
Abu Bakar al-Shiddiq melanjutkan pembicaraannya dengan membacakan firman Allah SWT:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِ كمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ ي ضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
Ertinya, “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika Dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, Maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi Balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(QS. Ali Imran: 144)
Perkumpulan di Saqifah Bani Sa’idah
Setelah wafatnya Rasulullah SAW para sahabat mula memikirkan siapa yang akan menyambung kepimpinan umat Islam. Kaum Anshar mencuba untuk mencarikan solusi dengan berkumpul di Saqifah bani Sa`idah dan sedangkan kaum Muhajirin berkumpul di masjid.
Mendengar adanya perkumpulan untuk menentukan pemimpin baru dari kalangan Anshar, sekelompok para sahabat terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin Khattab, Abu Ubaidah Amir bin Jarrah dan lainnya mendatangi tempat Saqifah bani Sa`idah yang biasa digunakan oleh kaum Anshar dalam bermusyawarah.
Terjadilah perdebatan antara kaum Muhajirin dengan Anshar perihal pengganti Rasulullah SAW dalam mengurusi urusan umat. Sampai salah seorang dari kaum Anshar berkata; Kami ini adalah ansharullah (penolong Allah), tentera Muslim, sedangkan kalian kaum Muhajirin hanyalah sekelompok orang yang berada pada nabi kami dan jumlah kalian juga sedikit. Apakah kalian menginginkan tali kepemimpinan kami putus dan kemudian kami dikeluarkan dari kota kami sendiri.
Di kalangan ahli-ahli keluarga Nabi S.A.W berpandangan bahawa yang paling berhak di kalangan Muhajirin itu ialah Ahlul Bait, kerana mereka mempunyai hubungan keluarga dengan Baginda S.A.W. Ada pula yang berpendapat bahawa jawatan khalifah adalah umum untuk Muhajirin kerana mereka berbangsa Quraisy. Bahkan, mereka berpendapat kaum Quraisy lebih dihormati sebagai pemimpin bagi orang Arab. Para Sahabat yang ikhlas dan diredhai Allah itu kemudiannya mengambil kata sepakat, setelah melakukan syura yang hangat tetapi bersikap sederhana. Mereka bersetuju jawatan khalifah dipegang oleh Muhajirin.
Berkata Abu Bakar, “Oleh sebab itu aku merelakan di antara dua orang ini untuk kalian pilih salah satunya untuk menggantikan kepemimpinan Rasulullah”. Abu Bakar al-Siddiq kemudian mengangkat tangan Umar bin Khattab dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Abu Bakar al-Shiddiq mengangkat tangan mereka berdua dengan tujuan mencalonkan mereka sebagai pengganti Rasulullah SAW.
Umar al-Khattab melantik Abu Bakar menjadi khalifah
Namun, Umar merasa keberatan ketika dicalonkan oleh Abu Bakar al-Shiddiq, ia mencuba mengelak dengan mengatakan; Wahai kaum Anshar, bukankah kalian telah mengetahui bahwa Abu Bakar merupakan orang yang direstui oleh Rasulullah SAW untuk mengimami solat. Maka siapa yang setuju di antara kalian maka berikanlah dukungan.
Umar bin Khattab menyampaikan pendapatnya. Suara Umar tersebut kemudian membulatkan kesepakatan untuk mengangkat Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah. Umar berkata, “Wahai umat Islam, sesungguhnya yang pertama kali menyertai nabi Muhammad SAW dan mereka berdua di dalam gua adalah Abu Bakar al-Siddiq.
Kemudian, Umar bin al-Khattab menjadi orang yang pertama membai’ah Abu Bakar as-Siddiq, sedangkan Zaid bin Tsabit memulakan bai’ah dari kaum Ansar. Setelah itu semua Sahabat yang hadir dari kedua-dua pihak memberi bai’ah.
Imam as-Suyuti berkata, Zubair bin al-Awwam dan Ali bin Abi Talib yang menguruskan jenazah Nabi S.A.W turut memberi bai’ah pada hari itu. Menurut Ibnu Ishak, pada keesokannya, Umar bin al-Khattab telah berkhutbah kepada orang ramai mengenai pemilihan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah, lalu mereka semua memberikan bai’ah kepada Abu Bakar menjadi khalifah.
Wallahua’lam
[…] Pelantikan Abu Bakar Menjadi Khalifah […]
[…] dan al-Ansar di halaman rumah Banu Sa’adah yang mana akhirnya mereka semua bersetuju melantik Abu Bakr sebagai khalifah Rasulullah. Perbahasan ini memakan masa hingga ke akhir hari Isnin, malah hingga masuk ke malam berikut […]