5 Perkara Berkaitan Cincin Rasulullah SAW

cincin rasulullah

Pernah terfikir tentang ciri-ciri cincin Rasulullah SAW?

1. Diperbuat dari perak

Di dalam Islam diharamkan bagi lelaki memakai sesuatu yang diperbuat dari emas.

Rasulullah ﷺ melarang kami mengenakan pakaian dari sutera, memakai cincin emas dan minum dengan bekas yang biasa dipakai untuk minum arak.” (HR. An-Nasaa”i)

image

2. Terdapat tulisan “Muhammad Rasul Allah”

Daripada Anas bin Malik RA, “Tulisan (ukiran) yang ada pada cincin Rasulullah SAW adalah perkataan “Muhammad” satu baris, perkataan “Rasul” satu baris dan perkataan “Allah” satu baris.

3. Pakai di jari tangan kanan

image 2

Tetapi ada juga dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah memakai cincin di tangan kiri.

4. Pakai di jari mana?

Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. berikut;

Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi  memakai cincinnya di jari ini (lalu ditunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)

5. Sebelum masuk tandas baginda akan menanggalkannya

image 1

Rumusan

Harus (dibolehkan) memakai cincin di jari manis atau kelingking tangan kanan atau kiri tetapi adalah disyorkan malah lebih afdal memakai cincin di jari kelingking tangan kiri. Rasulullah ﷺ juga tidak pernah pakai cincin di 2 jari iaitu pada jari telunjuk dan jari hantu.

Wallahua’lam

sumber – shafiqolbu

0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini