Ibu…
Tiada kata-kata dan perbuatan yang mampu membalas jasa ibu. Agama Islam mengangkat tinggi martabat wanita bernama ibu, ini dapat dilihat dengan pelbagai ayat Quran dan hadis tentang ibu.
Isi Kandungan
1. Allah Perintahkan Berbuat Baik Pada Ibu Bapa
Allah SWT berfirman dalam QS. Luqman ayat 14-15 yang berbunyi:
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
Wa wassainal-insaana biwaalidaiih, hamalat-hu ummuhu wahnan ‘alaa wahniw wa fisaaluhu fii ‘aamaini anisykur lii wa liwaalidaiik, ilayyal-masiir.
Artinya: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِى ٱلدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَٱتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَىَّ ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Wa in jaahadaaka ‘alaa an tusyrika bii maa laisa laka bihii ‘ilmun fa laa tuti’humaa wa saaḥib-humaa fid-dun-yaa ma’rufaw wattabi’ sabiila man anaaba ilayy, summa ilayya marji’ukum fa unabbi`ukum bimaa kuntum ta’malun.
Artinya: Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Daripada ayat di atas, dapat difahami bahawa jika ibu bapa seseorang itu berlainan agama, contohnya mereka yang muallaf, kewajipan untuk berbuat taat pada ibu bapa tidak terangkat dan tetap ada.
2. Jangan Tinggikan Suara Pada Ibu Bapa
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (24)
Surah al-Isra’ : 23-24
3. Doa Isteri Imran, Kepada Anaknya Maryam
Allah SWT berfirman dalam QS. Ali Imran ayat 35-36 yang berbunyi:
إِذْ قَالَتِ ٱمْرَأَتُ عِمْرَٰنَ رَبِّ إِنِّى نَذَرْتُ لَكَ مَا فِى بَطْنِى مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّىٓ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Iz qaalatimra`atu ‘imraana rabbi innii nazartu laka maa fii batnii muharraran fa taqabbal minnii, innaka antas-samii’ul-‘aliim.
Artinya: (Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
4. Isteri Firaun Ibu Angkat Nabi Musa
Allah SWT berfirman dalam QS. Al-Qashash ayat 9-13 yang berunyi:
وَقَالَتِ ٱمْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِّى وَلَكَ ۖ لَا تَقْتُلُوهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوْ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Wa qaalatimra`atu fir’auna qurratu ‘ainil lii wa lak, laa taqtuluhu ‘asaa ay yanfa’anaa au nattakhizahu waladaw wa hum laa yasy’urun.
Artinya: Dan berkatalah isteri Fir’aun: “(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”, sedang mereka tiada menyadari.
5. Kasih Nabi Isa Terhadap Ibunya Maryam
Allah SWT berfirman dalam QS. Maryam ayat 32 yang berbunyi:
وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَتِى وَلَمْ يَجْعَلْنِى جَبَّارًا شَقِيًّا
Wa barram biwaalidatii wa lam yaj’alnii jabbaaran syaqiyyaa.
Artinya: Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.
Wallahua’lam
rujukan: