4 Jenis Sujud Dalam Islam

Izuan
jenis sujud

Ada berapa jenis sujud dalam Islam?

Tak banyak pun, ada 4 je yang kita patut tahu. Di artikel ini saya akan kongsi tentang 4 jenis sujud yang disyariatkan dalam Islam.

Pensyariatan sujud telah sabit di dalam Al-Quran, hadith dan ianya juga adalah ijmak para ulama’.

Dalil sujud, firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡكَعُواْ وَٱسۡجُدُواْۤ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

(Al-Hajj: 77)

Maksud Sujud

Sujud dari segi bahasa adalah tunduk, merendahkan diri dan meletakkan dahi di atas tanah

Pengertian sujud pada syarak adalah meletakkan dahi di atas tanah sebagai bentuk tunduk dan penghambaan diri kepada Allah SWT.

Jenis-Jenis Sujud

1. Sujud Dalam Solat

Sujud merupakan salah satu rukun salat. Apabila dalam rangkaian salat, sujud tak dilakukan maka salatnya batal atau tidak sah.

Berikut adalah bacaan ketika sujud dalam solat,

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaana rabbiyal a’laa wa bihamdih (3x)

Artinya: “Maha Suci Rabb-ku yang Maha Tinggi, dan segala puji bagi-Nya.”

2. Sujud Sahwi

Dari segi bahasa sahwi bermaksud lupa atau lalai akan sesuatu, manakala dari segi syarak ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.

Ketika akhir solat sebelum salam, niatkan untuk sujud sahwi dan sujud 2 kali. Ketika sujud baca:

bacaan sujud sahwi

Panduan lengkap sujud sahwi -> https://izdeen.com/cara-sujud-sahwi-niat-bacaan-rumi/

3. Sujud Tilawah atau Sujud Sajadah

Maksud sujud tilawah ( سجود تلاوة) adalah sujud yang dilakukan dengan sebab membaca ayat-ayat Sajadah di dalam al-Quran atau mendengarnya.

Ada 15 ayat sujud tilawah dalam al-Quran, dan sujud ini boleh dilakukan dalam solat atau di luar solat tergantung situasi.

Hukumnya sunat dilakukan.

sujud tilawah jakim

Panduan lengkap, cara sujud tilawah dan bacaan sujud tilawah -> https://izdeen.com/cara-sujud-tilawah-bacaan/

4. Sujud Syukur

Sujud syukur dilakukan ketika seseorang mendapat kebahagiaan atau kegembiraan yang besar seperti menyambut kelahiran anak, mendapat harta dan terpelihara daripada musibah yang datang secara tiba-tiba, maka disunatkan kepada kita untuk bersujud kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakanNya.

sujud syukur jakim
Bacaan Sujud Syukur

Panduan lengkap cara sujud syukur -> https://izdeen.com/cara-sujud-syukur-berserta-niat/

Syarat Sah Sujud

Dalam Kitab Safinatun Najah karangan Syekh Salim bin Sumair Al-Hadhrami dijelaskan ada 7 syarat sahnya sujud:

  1. Sujud harus dengan 7 anggota badan
  2. Harus dengan dahi/kening yang terbuka (tidak sah jika kening tertutup peci atau lengan baju).
  3. Kepala harus ditekan.
  4. Tidak boleh ada hawa (tujuan) lain ketika sujud. Artinya harus benar-benar bertujuan untuk sujud kepada Allah).
  5. Tidak boleh sujud di atas sesuatu yang bergerak.
  6. Kepala harus lebih rendah daripada punggung.
  7. Harus thuma’ninah di dalam sujud.

7 Anggota Sujud

Anggota sujud terdiri daripada tujuh anggota badan, iaitu,

  1. Dahi
  2. Dua telapak tangan
  3. Dua lutut
  4. Dua hujung jari kaki.

Hal ini berdasarkan hadith, sabda Nabi SAW:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ، وَالْيَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.

Riwayat al-Bukhari (812) dan Muslim (490)

Adapun mengenakan hidung ke tempat sujud termasuk dalam perkara sunat, bukan wajib, tetapi amat digalakkan.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini