Cara Sujud Syukur Berserta Niat

Izuan
sujud syukur jakim

Bagaimana cara sujud syukur yang betul?

Kadang-kadang pasti kita pernah terlihat pemain bola sujud syukur di atas padang dengan seluar pendeknya, boleh ke?

Pada artikel ini, saya akan kongsi niat sujud syukur, cara sujud syukur dan syarat sah sujud syukur.

Sujud syukur in english kita panggil “Prostration of gratitude”, speaking sikit sekali-sekala.

Dalil Hadis Sujud Syukur

Berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ

Maksudnya: Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT.

Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.

Bila Waktu Sujud Syukur

Hukum sujud syukur adalah sunat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”

Maka, dapat disimpulkan sujud syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini:

  1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
  2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

Syarat Sujud Syukur

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali, syarat melakukan sujud ialah:

  1. Suci daripada hadas besar dan kecil
  2. Suci daripada najis (di badan, pakaian dan tempat)
  3. Mengadap arah kiblat
  4. Menutup aurat

Cara Sujud Syukur

  1. Hendaklah dalam keadaan berwuduk
  2. Berdiri mengadap kiblat.
  3. Bertakbir dan berniat:
niat sujud syukur rumi
Niat Sujud Syukur

Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala.

4. Lalu terus sujud sekali dengan tidak rukuk.

5. Tiada bacaan khusus, tapi boleh saja bertasbih dan memuji Allah.

image 14
Bacaan Sujud Syukur Ringkas

6. Kemudian bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan terus memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya.

image 15

Persoalan Sujud Syukur

Boleh ke sujud syukur bagi wanita ketika haid atau nifas?

Setelah meneliti pandangan fuqaha Mazhab Syafie, wanita yang berhadas sama ada  haid mahupun  nifas dilarang (haram) daripada melakukan sujud syukur disebabkan  hadas besar. Meskipun begitu, wanita yang haid dan nifas yang mendapat khabar gembira masih boleh menzahirkan rasa syukur dengan menggantikan sujud syukur dengan zikir mahupun ucapan tahmid “alhamdulillah” ( الْحَمْدُ لِلهِ). 

Sujud syukur tanpa wuduk dan tidak menghadap kiblat.

Terdapat juga perbahasan para ulama’ mengenai sujud syukur tanpa wudhu’ serta tidak pula menghadap kiblat.

Menurut artikel yang terdapat dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2005, Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, menjelaskan bahawa cara Sujud Syukur sebenarnya tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana syarat solat.

“Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata: Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.”

“Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa cara Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat.”

Sebab itulah, kita dapat lihat atlet-atlet dan pemain bola sepak yang biasa mengerjakan Sujud Syukur ketika memenangi perlawanan atau sebaik menjaringkan gol keemasan buat pasukan mereka.

Menurut ulama, ia juga boleh terus dilakukan apabila mendengar khabar semasa berada dalam keadaan duduk, ataupun semasa berada di atas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran.

Penjelasan lanjut -> Cara sujud syukur mufti wilayah

Boleh ke sujud syukur dalam solat?

Para fuqaha menyatakan bahawa tidak boleh untuk seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. Bahkan perbuatan tersebut membatalkan solat kecuali bagi seseorang yang jahil ataupun terlupa. Ia dianggap membatalkan solat kerana berlakunya penambahan dalam solat dengan perbuatan yang bukan sebahagian daripada solat.

Kalau nak sangat pun, tahan jap, kemudian sujud syukur selepas solat.

Rujukan -> https://maktabahalbakri.com/1022-sujud-syukur-dalam-solat/

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini