Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D., Bergelar Melayu Riau “Dato’ Seri Ulama Setia Negara” atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi: عبد الصمد; lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari Indonesia yang berasal dari kawasan Asahan, Sumatera Utara.
Abdul Somad menjadi terkenal melalui pendekatan dakwah melalui Internet serta gayanya yang diselipkan unsur tawa. Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam (ilmu fiqh). Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai isu semasa yang sesuai untuk khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam.
Isi Kandungan
Kehidupan Awal
Abdul Somad merupakan putra pasangan Bakhtiar[2] dan Rohana. Dari pihak ibu, garis keturunannya bersambung kepada Syekh Abdurrahman atau Tuan Syekh Silau Laut I, ulama sufi tarekat Syattariyah dari Rao, Batubara.[3][4] Tuan Syekh Silau Laut I merupakan keturunan perantau Minangkabau yang dengan keturunan berasal dari Mudik Tampang, Rao, Pasaman.[5][6]
Pendidikan
Ustaz Abdul Somad menempuh pendidikan formal sehingga ke peringkat kedoktoran. Beliau tamat Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Madrasah Tsanawiyah Mu’allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993. Seterusnya beliau ke Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996. Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian sehingga tahun 2002.
Usai pulang dari Mesir, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi namun hanya sempat untuk dua semester sahaja sebelum beliau berhenti. Pada tahun berikutnya (2004), beliau melanjutkan pengajian dalam diploma pengajian siswazah lanjutan (Diplôme d’Études Supérieures Avancées) di Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun. Beliau juga telah menyelesaikan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu Hadis pada Disember 2019 dengan keputusan yang cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Kerjaya
Selain pendakwah, Ustaz Abdul Somad aktif berkhidmat sebagai pensyarah :
- Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
- Pensyarah Tafsir dan Hadis di Kuliah Antarabangsa, Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
- Pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar, Yayasan Masmur, Pekanbaru
- Anggota Majelis Ulama Indonesia, Provinsi Riau, Komisi Pengkajian dan Keorganisasian, Sesi 2009–2014
- Anggota Badan Amil Zakat Provinsi Riau, Komisi Pengembangan, Sesi 2009–2014
- Setiausaha Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau, Sesi 2009–2014
- Profesor Pelawat di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, Sesi 2020-2021
Pemikiran
Pandangannya tentang Islam dianggap sebagai fundamentalis, dan objektif dengan ceramahnya mencakup topik literal tentang Al-Qur’an dan Sunnah.[13][14]
Kehidupan peribadi
Ustaz Abdul Somad berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2012. Perkahwinan ini membawa kepada seorang anak lelaki bernama Mizyan Hadziq Abdillah. Namun, pasangan ini bercerai pada 2019.[16] Pada 2021, Abdul Somad menikah lagi dengan Fatimah Az Zahra Salim Barabud, dan memperoleh seorang lagi anak lelaki, Samy Ahmad Mesbahy ‘Ibadillah.[17]
Pengharaman ke Singapura
Pada 16 Mei 2022, Abdul Somad yang berniat untuk bercuti ke Singapura telah dihalang oleh imigresen negara itu. Menurut pemerintah Singapura, keputusan itu dilakukan atas kebimbangan mesej Abdul Somad yang “ekstremis dan memecahkan perpaduan”.[24]
Abdul Somad memberikan respons di dalam sebuah video yang meminta agar pihak Singapura memberikan penjelasan atas penghalangannya meskipun memiliki dokumen lengkap. Namun, pertuturannya beralih menjadi hinaan terhadap Singapura dan ucapan rasis pro-Melayu, termasuk mengugut perampasan Singapura daripada “pendatang” bukan Melayu.[25][26]
Selain Singapura, Somad juga pernah dihalang ke beberapa negara lain, termasuk Timor Leste, Switzerland,[32] Hong Kong, Belanda, United Kingdom and Jerman.[33]
Anugerah dan pengiktirafan
Anugerah
- Brunei
- Profesor Pelawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (2020)[34][35]
- Indonesia
- Malaysia
- Melaka – Anugerah Murabbi Nusantara (6 Julai 2024)
- Profesor Adjung, Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka – (7 Julai 2024)
- Kelantan – Anugerah Tokoh Daie Nusantara (14 Februari 2019)
- Sabah – Profesor Adjung, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah – 2024[41]
- Terengganu – Anugerah Ikon Daie Nusantara (30 Disember 2023)
Pengiktirafan dalam buku
- 2018 – Ustadz Abdul Somad: Da’i Berjuta Followers, oleh Tim Redaksi Qultummedia, terbitan Qultummedia
- 2018 – Abdul Somad,Lc.,M.A Ustadz Zaman Now, oleh Mohammad Yusuf & Niamul Qohar, terbitan Mutiara Media
- 2018 – Ustaz Abdul Somad: Ustaz Yang Memberi Pencerahan Jutaan Umat, oleh Arina Makarimal Fasya, Muchammad Qosim FN dan Achmad Chasan Mas’udi, terbitan Melvana Media Indonesia
- 2018 – Berguru Kepada Ustadz Zaman Now, oleh Abid Fadhil Abyan, terbitan Laksana, Jogjakarta
- 2018 – Liqomik: Kumpulan Hikmah Ustadz Abdul Somad, oleh Beny Maulana, Dicky Maulana, Fivi Achmad, Ondoratmo, Raditya Bin Juhana, Ridwan Syahroni, Roel, Yuwanizm, Bangdzia, Ardian Syaf, Esa Yuandana, Coretanino, Doni Kudjo, Ipot, Mufty Fairuz, Seto Buje, Vbi Djenggotten, Yafie Gazalba
Bibliografi
Tesis
Peringkat | Judul Tesis | Tahun | Universiti | Penyelia |
---|---|---|---|---|
Ph.D | الشيخ محمد هاشم اشعري وجهوده في نشر السنة باندونيسيا Sumbangan Al-Sheikh Muhammad Hasyim Asyari dalam Penyebaran Hadis di Indonesia. | 2019 | Universiti Islam Omdurman, Sudan | Sheikh Dr Omar al-Ma’ruf Ali |
D.E.S.A | رجال الموطأ والصحيحين الذين ضعفهم النسائي في كتاب الضعفاء والمتروكين: جمعا ودراسة Perawi-perawi hadis dalam kitab Al-Muwatto’ dan Dua Kitab Sahih yang di-dhaif-kan oleh al-Nasa’i dalam kitab al-Dhu’afa’ wal-Matrukin : Sebuah Kajian Perbandingan | 2006 | Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah, Maghribi |
Karya terjemahan Arab–Indonesia
- 2018 – 55 Nasihat bagi Wanita Sebelum Menikah (Judul asal : 55 Nashihat li al-Banat Qabla az-Zawaj), karangan Dr. Ikram Thal’at, terbitan Pustaka Azzam-Jakarta
- 2018 – Saat Rumah Tangga Di Ambang Kehancuran (Judul asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyuti), karangan Yasir Ja’far Syalabi, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
- 2011 – Semua Ada Saatnya (Judul asal: Sa’atan Sa’atan) , karangan Syaikh Mahmud Al-Mishri, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
- 2009 – Sejarah Agama Yahudi (Judul asal: Tarikh ad-Diyanah al-Yahudiyyah), karangan Dr. Khalifah Muhammad Hassan, terbitan Pustaka al-Kautsar, Jakarta
- 2005 – Menjadi Keluarga Ahli Surga (Judul asal: Mausu’ah al-Usrah tahta ri’ayat al-Islam), karangan Dr. Athiyah Shaqar, terbitan Penerbit Ailah
- 2005 – Wahai Keluargaku, Jadilah Mutiara yang Indah. (Judul asal: 1) al-Baits as-Sa’id wa khilaf az-Zauzaini, 2) 40 Nashihat lil Ishlah al-Buyut, 3) Qathi’atu ar-Rahmi; al-Mazhahir wa al-Ashbab wa subulu al-Ilaj, 4) Abna’una Baina al-Hadhir wa al-Mustaqbal fi Rihab al-Islam), karangan Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim, Muhammad bin Ibrahim Al-Hamdi, Muhammad Shalih Al-Munajjid can Shalih Ibnu Abdullah Ibnu Hamid), terbitan Pustaka Progresif
- 2005 – Anakku, Dengan Cinta Ibu Mendidikmu (Judul asal : 1) Thifluka al-Mauhuub; 2) Kaifa Tunammi Mahaarota Thiflika al-Lughowiyah; 3) Daurul Usroti Fi Tarbiyatil Abnaa’; 4) Wiqooyatu at-Thifli Minal Amroodh; 5) Abna’una Fi Marhalatil Bulugh wa ma Ba’daha), karangan Prof. Dr. Ali Sulaiman, Prof. Dr. Ali Ahmad Madkhur, Dr. Sana’ Abdullah Abu Zaid, dan Dr. Syahatah Mahrus Thoha, terjemahan bersama Ma’had Khodijah dan Abdul Basith Abd. Aziz, Lc, terbitan Penerbit Ailah.
- 2004 – 101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya (Judul asal: 101 Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’), karangan Majdi Fathi As-Sayyid, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta
- 2004 – 15 Sebab Dicabutnya Berkah (Judul asal: 15 sabab min asbab naz’ al-barakah),karangan Abu Al-Hamd Abdul Fadhil, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
- 2004 – 30 Orang Dijamin Masuk Surga (Judul asal: 30 al-Mubasysyarun bi al-Jannah), karangan Dr. Mustafa Murad, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
- 2004 – Beberapa Kekeliruan Memahami Pernikahan (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Pustaka Progresif- Jakarta
- 2004 – Nikah Siapa Takut…!? (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Penerbit Ailah- Jakarta
- 2004 – Indahnya Seks Setelah Menikah (Judul asal : Syahr al-‘Asal bila Khajal), karangan Dr. Aiman Al-Husaini, terbitkan Pustaka Progresif, Jakarta.
Karya buku penulisan
- 2019 – Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW: Perjalanan Dakwah, Isra’ Mikraj, hingga hari-hari terakhirnya., terbitan Mutiara Media
- 2018 – Islam itu Mudah, terbitan Pro-U Media
- 2018 – 32 Naskah Khutbah: Kumpulan Khotbah Jumat, Idul Fitri & Idul Adha, bersama Para Asatizah Tafaqquh, terbitan Tafaqquh Media
- 2018 – Ustadz Abdul Somad Menjawab, dikumpulkan oleh Agus Wahyudi, terbitan Mutiara Media
- 2018 – Ustadz Abdul Somad Tentang Wanita, terbitan Mutiara Media
- 2018 – Amalan Yang Paling Dicintai Allah, terbitan Zikrul Hakim
- 2017 – Bidah Hasanah Sebuah Pendekatan Baru, bersama Ustaz Muhammad Idrus Romli, terbitan
- 2014 – 37 Masalah Populer, terbitan Tafaqquh Press
- 2013 – 77 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Tafaqquh Press
- 2009 – 99 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Penerbit Tafaqquh
- 2009 – 33 Tanya Jawab Seputar Qurban, terbitan Tafaqquh Press