Ubat Tambah Darah Untuk Ibu Mengandung Elak Anemia

Izuan
ubat tambah darah mengandung

Pernah dengar ubat tambah darah obimin, zincofer atau iberet. Ini ialah ubat tambah darah yang biasa digunakan di Malaysia bagi ibu-ibu yang mengandung.

Sebab Terjadi Anemia Ibu Mengandung

Ketika mengandung badan ibu mengalami perubahan yang banyak. Kandungan darah dalam badan meningkat hingga 20-30%, menyebabkan penggunaan zat besi dan vitamin yang banyak untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin ialah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.

Bagi wanita berbadan dua, lebih banyak oksigen diperlukan daripada biasa kerana janin dalam kandungannya juga memerlukan oksigen ini.

Kurang pengambilan zat besi menjadi antara punca badan tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah tambahan yang diperlukan. Terutama sekali ketika trimester kedua dan ketiga.

Faktor Risiko Kurang Darah Merah

Terdapat beberapa sebab kekurangan zat besi dalam badan iaitu :

  • Kehilangan darah
    • Mengalami masalah pendarahan haid banyak (berat) sebelum hamil
  • Kurang bekalan zat besi dalam badan
    • Sering muntah akibat mual pagi
    • Kurang pengambilan makanan tinggi zat besi
    • Jarak antara kehamilan yang dekat
    • Kehamilan kembar
  • Kurang kebolehan untuk penyerapan zat besi

Simptom / Tanda Anemia

  • Rasa letih atau lemah yang berlebihan
  • Kulit pucat
  • Sesak nafas, jantung berdebar-debar atau sakit dada
  • Rasa pening
  • Tangan atau/dan kaki yang sejuk
  • Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan” (pika) seperti plastik

Cek Kadar Darah Merah

Biasanya ujian darah yang merupakan rutin semasa pemeriksaan pranatal dapat membantu mengesan masalah anemia. Ujian ini sering kali diadakan pada awal kehamilan dan ketika hampir dengan tarikh bersalin.

Ujian kiraan darah lengkap atau full blood count (FBC) adalah alat paling biasa digunakan untuk mendiagnosis anemia, dengan melihat bacaan hemoglobin.

Rawatan Untuk Anemia atau Kurang Darah Merah

1. Pemakanan Seimbang

image 6 2

Pengambilan diet pemakanan seimbang juga merupakan antara pilihan cara bagi mendapatkan jumlah zat besi dan asid folik yang diperlukan tubuh.

Antara sumber yang baik bagi mineral penting ini adalah:

  • Ayam, itik
  • Ikan
  • Daging merah tanpa lemak
  • Kekacang
  • Kacang dan bijian
  • Sayuran berdaun gelap seperti bayam
  • Bijirin diperkaya
  • Telur
  • Buah-buahan seperti pisang dan tembikai

Zat besi daripada sumber haiwan paling mudah diserap. Jika sumber zat besi berasaskan tumbuhan, anda disaran memadankan ia dengan makanan tinggi vitamin C seperti jus oren – untuk membantu meningkatkan penyerapan.

2. Jenis Vitamin Yang Diberikan

Terdapat beberapa jenis vitamin yang sering diberikan oleh klinik kesihatan di tempat anda untuk membantu dalam penambahan darah merah di dalam tubuh badan anda. Sebagai contohnya adalah Zincofer, Obimin, Iberet atau tablet yang berwarna coklat (Iron Tablets).

image 6 5

Obimin merupakan tablet yang paling kurang kandungan zat besi dan ianya digunakan hanyalah untuk memberi bekalan zat besi sahaja di dalam badan dan ianya mungkin hanya sekitar 70 mg sahaja.

image 6 4

Zincofer pula adalah tablet yang mempunya lebih sedikit zat besinya daripada Obimin. Zincofer mengandungi sekitar 300 mg zat besi.

image 6 3

Iberet mengandungi zat besi yang paling tinggi dimana ianya mengandungi sebanyak 500 mg zat besi. Iberet ini sering diberikan kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah anemia atau kekurangan darah merah di dalam badannya.

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Mengambil Vitamin

Waktu yang paling sesuai untuk mengambil vitamin ini adalah pada ketika perut sedang kosong atau doktor akan sarankan untuk mengambil vitamin ini sama ada 2 jam sebelum makan ataupun 2 jam selepas makan.

Disebabkan tablet zat besi ini mengandungi satu bau yang agak kurang menyenangkan, doktor juga sering mengingatkan supaya si ibu yang sedang mengandung tidak mengambil ubat ini bersama dengan minuman berperisa seperti coklat, minuman bersusu atau minuman yang berkafein. Si ibu boleh mengambil ubat ini bersama air kosong ataupun air jus untuk mengurangkan rasa yang kurang menyenangkan tersebut.

Rujukan:

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini