Top 5 Pemain Muslim di Euro 2021

Izuan
pemain muslim

Ini antara pemain muslim yang akan beraksi di kejohanan Euro 2020.

1. Paul Pogba

Manchester United fans argue over big Paul Pogba question after France exit  - Manchester Evening News

Pemain berusia 28 tahun ini akan mewakili Perancis sebagai pemain tengah(midfielder). Setelah mengharungi English Premier League dengan berjaya dengan kelab Manchester United, dan mendapat tempat kedua dalam kejohanan, kini Pogba telah diberi kepercayaan untuk mewakili Perancis.

2. Ilkay Gundogan

2019-06-11 Fußball, Männer, Länderspiel, Deutschland-Estland StP 2071 LR10 by Stepro (cropped).jpg

Gundogan adalah antara pemain yang menjadi kunci kepada kelab Manchester City memenangi English Premier League. Bukan sahaja bijak mencipta peluang, bahkan beliau turut menjaringkan sejumlah gol yang banyak sepanjang kejohanan. Kini, beliau akan mewakili Jerman pada kejohanan Euro 2021.

3. N’golo Kante

N'golo Kante

Seorang pemain defensive midfielder yang amat berbakat, ketika ini N’golo Kante merupakan nama yang sangat digeruni oleh lawan. Lihat sahaja performasi beliau di Liga Juara-Juara bersama Chelsea. Dominasi beliau di kawasan tengah padang dan halangan-halangan yang berjaya dibuat telah membuat beliau dianugerahkan pemain terbaik perlawanan untuk tiga perlawanan terakhir di Liga Juara-Juara.

4. Karim Benzema

Farewell 'King Karim': Benzema's stunning France comeback cut brutally  short | Goal.com

Karim Benzema merupakan seorang penyerang yang versatil. Walaupun ramai menyangkakan beliau telah melepasi zaman kegemilangannya, ini tidak benar sama sekali, lihat saja performasinya bersama Real Madrid pada kejohanan La Liga, 23 gol daripada 34 pertandingan, memang terbaik.

5. Xerdan Shaqiri

Credit: Getty Images/Daniel Kopatsch

Pemain tengah Liverpool, Xerdan Shaqiri akan mewakili Switzerland pada Euro kali ini. Beliau tidak diberi peluang yang sepenuhnya oleh Jurgen Klopp di Liverpool, adakah kali ini beliau dapat membuktikan kemampuan sebenarnya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini