7 Tips Bangun Awal Pagi

Izuan
bangun awal

Bagaimana bangun awal pagi?

Setiap hari bangun lewat je, walaupun dah cuba nak bangun pagi. Jangan risau, boleh cuba follow tips bangun awal pagi di bawah.

1. Tidur awal

Pastikan anda tidur awal, supaya dapat tidur yang secukupnya. Kebiasaannya ramai orang bangun lewat kerana tidur lewat. Bukan sahaja bangun lewat, malahan badan pun akan merasa lesu dan emosi pun kurang bersemangat untuk menghadapi hari tersebut

2. Amalkan rutin sebelum tidur

Otak kita jika dilatih dengan betul akan memudahkan sesebuah proses. Contohnya jika ingin tidur kita biasakan gosok gigi, ambil wudu’ dan tutup lampu. Jika kita sudah terbiasa melakukannya, maka jika kita gosok gigi je, otak kita akan set yang “ok, dia ni dah nak tidur”, so otak kita akan “get into the mood” untuk tidur. Teknik ini berkesan dengan syarat kita lakukan rutin ini setiap hari dan pada waktu yang tetap contohnya pada setiap pukul 11.30 malam saya akan gosok gigi, In shaa Allah berkesan.

3. Mempunyai matlamat

Kita kena mempunyai target nak bangun pukul berapa, kerana otak kita mempunyai keupayaan untuk membantu kita bangun pada waktu tersebut. Cuba lihat orang kampung pada zaman dahulu, mereka tiada set alarm pun, tapi setiap pagi pasti bangun awal. Fenomena ini terjadi tergantung kekuatan minda seseorang, mereka mempunyai keazaman yang kuat untuk bangun pagi kerana perlu pergi kebun untuk bekerja dan mencari makan untuk keluarga.

4. Elakkan minuman berkafein

Beberapa jam sebelum tidur, elakkan minum kopi atau teh kerana kafein bertindak memberi tenaga dan membuatkan otak lebih aktif.

image

5. Jangan makan lewat malam

Makan ketika hampir waktu tidur boleh menyebabkan asid refluks. Tambahan lagi, pencernaan makanan oleh usus kita menggunakan tenaga dan akan mengacau kualiti tidur kita.

6. Set penggera(alarm)

Sebelum tidur jangan lupa set alarm. Sekadar berazam tidak cukup, tidak salah jika kita berikhtiar dengan set penggera.

Menurut cerita seorang sahabat Nabi SAW, Anas bin Malik, pada suatu hari ada seorang laki-laki berhenti di depan masjid untuk mendatangi Rasulullah. Unta tunggangannya dilepas begitu saja tanpa ditambat. Rasulullah bertanya, ”Mengapa unta itu tidak diikat?” Lelaki itu menjawab, ”Saya lepaskan unta itu karena saya percaya pada perlindungan Allah SWT.”

Maka Rasulullah menegur secara bijaksana, ‘‘Ikatlah unta itu, sesudah itu barulah kamu bertawakal.”

7. Berhenti menggunakan alat elektronik

Alat-alat elektronik seperti smartphone, tablet dan laptop memancarkan cahaya “blue-light”, cahaya ini akan mengganggu irama sirkadian dan produksi melatonin. Secara mudahnya, pendedahan kepada cahaya biru ini akan menurunkan kualiti tidur anda.

Blue light from phone screens accelerates blindness, study finds | Health |  The Guardian
source : TheGuardian

sumber – akuislam, hasbulbrothers

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] Pernah tak lihat orang makan lewat malam dengan alasan bersahur. Seeloknya sahur itu dilakukan awal pagi sebelum Subuh. Jika payah untuk bangun pagi, boleh lihat tips di artikel ini. […]