Takbir raya ialah satu sunnah yang khusus menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Takbir ialah amalan yang dilakukan sebagai tanda membesarkan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.
Hukum takbir raya ialah sunnah, berdasarkan firman Allah di Surah al-Baqarah ayat 185 :
وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya(puasa Ramadan) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
Lafaz Takbir Raya
(3x) اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً
لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ
لَا اِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ,صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ
وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ
لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Takbir Raya Rumi
Allahu akbar x3, la ilaha Iillallahu wallahu akbar, Alllahu akbar walillah ilham
Allahu akbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrataw waasila
la ilaha ilallah walanahbudu illa iyyahu, Mukhlisina lahuddin,
walau karihal kafirun,
La ilaha illahllahu wahdah, Sodaqa wakdah, Wanasoraa abdah
Wa a a’zzajundahu wahazamal ahza bawahda
La illaha illallahu wallahu akbar,
Allahu akbar walillailhamd.
Maksud Takbir Raya
Ertinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.
Waktu Takbir Raya
Waktu Bertakbir
Terdapat perbezaan waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidiladha:
- Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga. Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Hari Raya Aidilfitri :
- Waktunya Takbir Mursalnya bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.
Penjelasan lanjut tentang takbir Mursal dan Muqayyad boleh dilihat di website muftiwp.
Kepentingan Takbir
- Sebagai satu syiar Islam menzahirkan rasa gembira dan tanda syukur kepada Allah.
- Tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.
- Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui laungan takbir beramai-ramai.