Berikut ialah tahlil ringkas dan doa tahlil arwah berserta tempat untuk menyebutkan nama arwah sekali, Selamat beramal.
Teks tahlil
Hukum Tahlil Ringkas
Amalan membaca yasin, tahlil arwah dan kenduri arwah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam kita di Malaysia merupakan salah satu daripada permasalahan khilafiah. Berkenaan isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Amalan membaca yasin, tahlil arwah dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masyarakat.
- Mesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana.
Boleh rujuk website muftiwp untuk penjelasan yang lebih jelas.
Wallahua’lam
Artikel lain:
kata kunci : yasin tahlil pdf jakim, tahlil rumi pdf, doa tahlil dan artinya, tahlil ringkas jakim
[…] Semoga kita dapat selitkan doa terhadap ibu bapa pada setiap kali berdoa kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa tersimpan banyak kelebihan dan kebaikan. Jika mereka telah tiada, boleh doakan arwah ibu bapa melalui doa tahlil arwah. […]