Siapa yang pernah mendapat surat Nabi Muhammad?
Pasca Perjanjian Hudaibiyah, semasa kepulangan Rasulullah dari al-Hudaibiah, Baginda telah mengutuskan surat kepada golongan raja-raja menyeru mereka kepada agama Islam.
Apabila Rasulullah hendak menulis surat-surat ini kepada raja-raja berkenaan maka Baginda telah dinasihati dengan kata mereka: “Golongan raja-raja ini tidak akan menerimanya kalau surat-surat itu tidak bercop mohor justeru itu, Rasulullah mengunakan mohor yang diperbuat dari perak, berukir dipermukaannya lafaz-lafaz “Muhammad Rasulullah”, tiap-tiap lafaz pada barisan yang tersendiri.
Rasulullah memilih dari kalangan sahabatnya yang berpengetahuan lagi berpengalaman sebagai utusan-utusan, mereka diutuskan kepada raja-raja.
Isi Kandungan
Surat Nabi Muhammad Kepada Maharaja Hercules, Kerajaan Rom.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rahmat.
Daripada Muhammad, hamba dan utusan Allah kepada Heraclius, pemimpin Rom.
Salam sejahtera kepada orang yang mengikuti petunjuk. Selain itu, saya menjemput kamu dengan jemputan keamanan. Sekiranya kamu menegakkan keamanan, maka kamu akan mendapat keamanan, Allah akan memberi ganjaran dua kali ganda. Sekiranya kamu berpaling, kamu akan menanggung dosa orang-orang Arian.
Katakanlah, ‘Wahai Ahli Kitab, sampaikanlah kata-kata yang adil antara kami dan kamu, bahawa kami tidak akan menyembah kecuali Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya dan tidak mengambil satu sama lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.’ Tetapi jika mereka berpaling, maka katakan, ‘Berilah saksi bahawa kita adalah umat Islam [menyerahkan diri kepada-Nya].’ (Quran 3:64).
Surat ini dibawa oleh Dihyah al-Kalbi
Surat Nabi Muhammad Kepada Raja Habsyah(al-Najasyi)
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”
Dari Muhammad Rasulullah kepada al-Najasyi Raja Habsyah, salam sejahtera ke atas orang yang mengikuti hidayah. Adapun selepas itu, bahawa sesungguhnya daku memujimu Allah yang tiada Tuhan melainkan Dialah Tuhan “al-Malik al-Quddus, al-Salam, al-Mu ‘min al-Muhaimin. daku mengakui bahawa Isa adalah anak Mariam roh Allah dan kelebihanNya, yang dicampak kepada Mariam yang tulus murni suci, maka dengannya beliau mengandung Isa dari rohNya dan tiupanNya, seperti mana dicipta Adam dengan tanganNya.
Kini aku menyeru kamu kepada Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, memberi ketaatan kepadanya, hendaklah kamu mengikuti ku, beriman dengan yang diturun kepada ku, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, aku mengajak kau dan tentera kau kepada Allah Azzawajalla. Sebenarnya telahpun ku sampaikan dan menasihati, maka terimalah nasihat ku ini, dan salam ke atas orang yang mengikut hidayat”.
Surat ini dibawa oleh Amru bin Umaiyah al-Dhamri.
Surat Nabi Muhammad Kepada al-Muqawqis Raja Mesir
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya kepada Muqauqis raja Qibthi. Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk.
Aku mengajakmu dengan ajakan Islam. Masuklah Islam maka kamu akan selamat. Masuklah Islam maka kamu akan diberikan Allah pahala dua kali ganda. Jika kamu menolak maka atasmu dosa penduduk Qibthi.
“Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS ali Imran 3:64). (Al-Mawahib al Laduniyah).”
Rasulullah memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada al-Maquqis
Surat Nabi Muhammad Kepada Raja Parsi(Kisra)
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman dengan Allah dan RasulNya, dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya dan Muhammad itu hamba dan pesuruhNya.
Di sini ku menyerukan kau dengan seruan Allah, maka sesungguhnya aku adalah Rasulullah diutuskan kepada manusia sekalian, memberi inzar kepada sesiapa yang hidup, memberi kata benar kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kau selamat, sekiranya kau menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian.
Rasulullah memilih Abdullah bin Huzafah al-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan.
Surat Nabi Muhammad Kepada Munzir Ibn Sawa Al-Tamimi, Pemerintah Bahrain.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ”
Dari Muhammad Utusan Allah kepada al-Munzir bin Sawi salam ke atas kau. Maka sesungguhnya kepada Engkau Allah, aku memuji yang tiada Tuhan selainNya dan ku mengaku bahawa Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya.
Adapun selepas itu aku mengingatkan kau dengan Allah Azzawajala, maka sesungguhnya sesiapa yang menasihat sebenarnya beliau menasihati dirinya, dan sesiapa yang mentaati ku dan sesiapa yang menasihatkan mereka bererti telah menasihatiku.
Sebenarnya para utusan ku telahpun memuji kau dengan baik, sesungguhnya melalui kau aku memberi syafaat ku kepada kaum kau, oleh itu biarlah kaum muslimin dengan kebebasan mereka dan pengampunan kau terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah mereka.
Sekiranya kau terus soleh dan baik maka kami tidak akan memecatkan kau dari tugas dan sesiapa yang masih dengan pegangan Yahudi atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah.
Rasulullah (s.a.w) memilih al-‘Ala’ bin al-Hadhrami untuk menyampaikan risalahnya itu.
Wallahua’lam