Surah Al-Fatihah: Teks Arab, Maksud, Rumi berserta Audio

Surah Al-Fatihah merupakan surah pertama dalam Al-Quran dan dikenali juga sebagai Ummul Kitab (Ibu Kitab). Ia memiliki kedudukan yang sangat istimewa dalam Islam kerana dibaca dalam setiap rakaat solat. Dalam artikel ini, kami akan kupas secara lengkap tentang maksud Surah Al-Fatihah, tafsir ringkas, kelebihan serta hikmah yang terkandung di dalamnya.

Biodata Surah Al-Fatihah

MaklumatPerincian
Nama SurahAl-Fatihah (الفاتحة)
Maksud NamaPembukaan
Bilangan Ayat7
Tempat TurunMakkah (Surah Makkiyah)
Nama LainUmmul Kitab, Ummul Quran, As-Sab’ul Matsani
Kedudukan dalam Al-QuranSurah ke-1

Nama Lain Surah al-Fatihah

  1. Ummul Kitab
  2. as-Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)
  3. al-Quranul Azhim
  4. ash-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat
  5. asy-Syifa’ kerana ada diriwayatkan satu hadith: “Fatihatul kitab itu merupakan syifa’ (penyembuh) dari setiap racun.”

Teks Arab, Rumi, dan Terjemahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.”

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn

“Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.”

الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ar-raḥmānir-raḥīm

“Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.”

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Māliki yaumid-dīn

“Pemilik hari pembalasan.”

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Ihdināṣ-ṣirāṭal-mustaqīm

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Ṣirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim gairil-magḍụbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

“(Yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Aamiin

Asbabun Nuzul Surah Al-Fatihah

Menurut majoriti ulama tafsir, Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah dan termasuk dalam kategori Surah Makkiyah. Ia merupakan antara wahyu awal yang diterima oleh Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

Namun begitu, ada juga sebahagian riwayat yang mengatakan Surah ini diturunkan sekali lagi di Madinah, menjadikannya sebagai surah yang diturunkan dua kali. Ini kerana Surah Al-Fatihah sangat penting dalam ibadah solat dan kehidupan umat Islam.

Surah ini diturunkan sebagai jawapan kepada permintaan para sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang doa terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Maka Allah turunkan Surah ini sebagai doa dan pujian paling sempurna.

Kandungan Surah Al-Fatihah

  1. Pujian kepada Allah (Ayat 1-2)
  2. Sifat Allah yang Maha Pengasih & Penyayang (Ayat 3)
  3. Pengakuan Keesaan Allah & Hari Kiamat (Ayat 4)
  4. Pernyataan Ibadah & Permohonan Pertolongan (Ayat 5)
  5. Permintaan Petunjuk Jalan Lurus (Ayat 6-7)

Tafsir Ringkas Mengikut Ayat

  1. Menunjukkan permulaan segala perkara harus dimulai dengan nama Allah. Dua nama Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim, menekankan kasih sayang-Nya yang luas dan mendalam kepada seluruh makhluk.
  2. Allah sahaja yang layak dipuji kerana Dia pencipta, pemelihara dan pengatur seluruh alam, termasuk manusia, jin, malaikat dan seluruh ciptaan.
  3. Pengulangan sifat kasih sayang Allah sebagai penegasan bahawa rahmat-Nya meliputi dunia dan akhirat. Ar-Rahman bersifat umum, Ar-Rahim bersifat khusus kepada hamba-Nya yang beriman.
  4. Allah berkuasa penuh pada Hari Kiamat. Tiada kuasa lain yang boleh memberi syafaat melainkan dengan izin-Nya
  5. Menegaskan prinsip tauhid uluhiyyah (penyembahan hanya kepada Allah) dan pengakuan bahawa hanya Allah tempat bergantung. Ayat ini menandakan hubungan hamba dengan Tuhannya.
  6. Doa yang paling penting dalam hidup seorang Muslim—memohon agar diberi hidayah dan istiqamah dalam jalan Islam yang benar.
  7. Penjelasan lanjut tentang “jalan lurus” iaitu jalan para nabi, siddiqin, syuhada’ dan orang soleh.
    • Yang dimurkai: mereka yang tahu kebenaran tapi menolak (contoh: Yahudi).
    • Yang sesat: mereka yang jahil dan tidak tahu (contoh: Nasrani).

Kelebihan Surah Al-Fatihah

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Amalan dan Hikmah dari Surah Al-Fatihah

  • Membaca dengan penuh khusyuk memberi ketenangan jiwa.
  • Menjadi doa harian untuk memohon hidayah dan perlindungan.
  • Memberi panduan dalam membentuk akhlak seorang Muslim.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah maksud Surah Al-Fatihah?

Surah Al-Fatihah bermaksud Pembukaan, kerana ia adalah surah pertama dalam Al-Quran dan pembuka kepada bacaan dalam solat.

2. Mengapa Surah Al-Fatihah sangat penting dalam Islam?

Kerana ia wajib dibaca dalam setiap rakaat solat. Ia juga mengandungi inti pati tauhid, doa, dan permohonan hidayah.

3. Adakah Surah Al-Fatihah boleh dijadikan ruqyah?

Ya, Nabi Muhammad SAW sendiri menggunakan Surah Al-Fatihah sebagai bacaan penyembuhan (ruqyah) dalam beberapa hadis sahih.

4. Apa beza Surah Makkiyah dan Madaniyah berkaitan Al-Fatihah?

Walaupun kebanyakan ulama bersetuju ia adalah Surah Makkiyah, terdapat pandangan yang menyatakan ia diturunkan sekali lagi di Madinah sebagai pengukuhan dalam solat berjemaah.

5. Apa hukum membaca Al-Fatihah dalam shalat?

Wajib dibaca dalam setiap rakaat shalat (baik fardhu maupun sunnah).

Kesimpulan

Surah Al-Fatihah bukan sekadar surah pembuka dalam Al-Quran, tetapi juga kunci utama dalam memahami hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Ia mengandungi tauhid, doa, pujian, dan harapan. Oleh itu, memahami maksud dan menghayati kandungannya adalah satu keperluan asas bagi setiap Muslim.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments