Isi Kandungan
Solat Witir Selepas Tarawih atau Selepas Solat Tahajud?
Kadang-kadang mesti kita pernah lihat orang balik selepas Solat Tarawih tanpa mengerjakan Solat Witir bersama dengan imam.
Ketika ditanya, mereka biasanya “jawab kalau dah solat witir nanti tak boleh la nak solat sunat lain lepas tu.”
Adakah pemahaman ini betul, jom sama2 belajar.
Apa Itu Solat Witir?
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
يا أهلَ القرآنِ ! أَوْتِرُوا ، فإنَّ اللهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرَ
“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”
(Riwayatkan oleh Abu Dawud , al-Tirmidzi dan Hakim).
Solat ini boleh dilakukan dalam bilangan ganjil seperti 1, 3, 5, 7 atau 9 rakaat. Tetapi seeloknya janganlah melakukan satu rakaat sahaja, sekurang-kurangnya tiga kalau boleh.
Solat ini biasanya dilakukan selepas Solat Tahajjud atau selepas Solat Terawih(pada bulan Ramadan).
Adapun mereka yang mengatakan tiada solat sunat selepas witir mungkin berdasarkan hadith ini.
Rasulullah S.A.W bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.
Riwayat Al-Bukhari (998)
Tetapi kerugian bagi mereka jika balik selepas Solat Terawih dan tidak Solat Witir bersama imam kerana:
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Zar al-Ghifari RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”.
Riwayat al-Tirmizi (734). Abu Isa mengatakan hadis ini hasan sahih.
Maka ulama’ telah membahaskan perkara ini, dan ada dua pendapat:
- Pertama: Dibolehkan untuk melakukan solat sunat yang lainnya meskipun telah melakukannya bersama imam ketika solat tarawih sebelumnya dan tidak perlu untuk mengulangi solat witir tersebut.
- Kedua: Tidak boleh melakukan solat sunat setelah melakukan solat sunat witir kecuali telah dibatalkan witirnya, dia solat (sunat) dan kemudian berwitir.
Membatalkan witir di sini membawa makna dengan memulakan solat sunat satu rakaat, menjadikan witir yang dilakukan sebelum ini genap bilangan rakaatnya. Kemudian lakukanlah solat sunat yang lain dan kemudian diakhiri dengan witir sekali lagi.
Kesimpulannya
Berdasarkan perbahasan di atas, yang terbaik adalah kekal bersama imam sehingga selesai solat bagi mendapatkan pahala menghidupkan keseluruhan malam.
Dibolehkan untuk melakukan solat sunat yang lainnya meskipun telah melakukan solat sunat witir bersama-sama imam dan tidak perlu untuk mengulangi solat witir tersebut dan berpadalah dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini.
Wallahu a`lam.
sumber – muftiwp, shafiqolbu, akuislam
[…] Solat Sunat Selepas Solat Witir […]
[…] Solat Witir Selepas Tarawih Atau Solat Malam? […]