Setiap orang pasti pernah melakukan dosa, namun jangan putus asa dan sentiasa meminta pengampunan daripada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat.
Tak pandai solat taubat?
Artikel ini tentang tata cara solat taubat lengkap dan ringkas, berserta doa taubat rumi.
Dalil Anjuran Solat Taubat
Dari Abu Bakar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seseorang melakukan dosa, lalu dia bersuci (berwuduk) dengan baik, kemudian dia solat dua rakaat, lalu memohon ampun kepada Allah, melainkan Allah pasti mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad)
Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ تُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ تَوْبَةًۭ نَّصُوحًا
“Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha –
yakni yang sebenar-benarnya.” (at-Tahrim: 8)
Waktu Solat Taubat
Solat taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam yang mana suasananya lebih sunyi dan tenang.
Boleh juga silakukan solat taubat sebelum tidur kerana merasa banyak dosa pada hari itu
Cara Solat Taubat Nasuha
1. Niat solat taubat rumi

2. Baca Al-Fatihah
3. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
4. Rukuk, Iktidal, Sujud seperti biasa
5. Pada sujud terakhir rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Laa ilaaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
6. Duduk Tahiyat Akhir Dan Memberi Salam
Selesai sudah solat sunat taubat anda. Jika ingin, boleh buat lebih dari dua rakaat (4, 6, dsb), tetapi dua rakaat adalah minimum dan yang utama.
Zikir dan Doa Selepas Solat Taubat

Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

Astagfirullah Hal ‘Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaih
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
Boleh juga membaca Sayyidul Istighfar(Penghulu Istighfar).
Doa Taubat Rumi

Allahumma inni Zholamtu Nafsi Zull-man Katsiran Walaa Yagh-Firu ZunuuBa illa Anta, Fagh-firli Min indika Magfirotan innaka Antal Rgho-fuu Rur-rahim.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
Waktu Terbaik Mengerjakan Solat Taubat
- Bila-bila masa kecuali waktu dilarang solat sunat:
- Selepas Subuh hingga terbit matahari
- Selepas Asar hingga terbenam matahari
- Paling baik:
- Waktu malam (selepas solat Tahajjud atau sebelum tidur)
- Bila hati benar-benar rasa menyesal dan ingin kembali kepada Allah
Tips Taubat yang Diterima Allah
- Menyesal sungguh-sungguh atas dosa.
- Berazam tidak akan ulang dosa yang sama.
- Mohon ampun dari Allah dan orang yang dizalimi (jika dosa sesama manusia).
- Perbanyakkan istighfar, zikir dan amal kebaikan selepas bertaubat.
- Konsisten dengan solat fardhu dan amalan harian.
Soalan Lazim (FAQ) Solat Taubat
1. Berapa rakaat solat taubat?
Paling sedikit dua rakaat, boleh juga dilakukan lebih (4, 6 rakaat), ikut kemampuan.
2. Boleh buat solat taubat bila-bila masa?
Ya, kecuali pada waktu yang diharamkan solat sunat.
3. Perlu lafaz taubat khusus semasa solat?
Tidak wajib, cukup niat dalam hati dan lafaz niat sebelum solat.
4. Apa bacaan doa selepas solat taubat?
Tiada bacaan khusus, tapi boleh baca doa Nabi Yunus, Sayyidul Istighfar, atau doa di atas (atau doa dalam bahasa Melayu).
5. Perlu mandi sebelum solat taubat?
Tidak wajib, cukup berwuduk sahaja. Jika mahu mandi sunat taubat, itu lebih afdhal.
Penutup
Solat taubat adalah peluang untuk setiap Muslim kembali kepada Allah SWT tanpa kira dosa lalu. Jangan malu atau tangguh untuk bertaubat. Allah Maha Pengampun dan sentiasa menanti hamba-Nya kembali. Amalkan solat taubat, berdoa dan berazam untuk jadi insan yang lebih baik setiap hari.
Semoga Allah terima taubat dan bersihkan hati kita semua. Selamat beramal!
Wallahua’lam