Cara Solat Sunat Musafir

Izuan
solat sunat musafir

Apakah solat sunat musafir?

Sempena cuti sekolah dan hari raya yang menjelang tiba, ramai orang mula pulang ke kampung halaman. Ketika bermusafir, selain solat jamak qasar, ada satu sunnah yang kita boleh amalkan iaitu solat sunat musafir atau dikenali juga sebagai solat safar.

Jom belajar sama-sama.

Dalil Solat Sunat Musafir

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

 “Jika kamu keluar dari rumahmu, maka lakukanlah solat dua rakaat yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke dalam rumah.” 

(Kitab Al-Silsilah As-Sohihah, no. 1323 – Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Waktu Solat Sunat Musafir

Tiada waktu khusus yang ditetapkan, boleh dilakukan ketika anda ingin bermusafir.

Sekiranya seseorang itu ingin memulakan perjalanan yang melebihi 2 marhalah (80-90 kilometer); Maka, hukum solat sunat musafir ialah sunat baginya.

Cara Solat Sunat Musafir

1. Niat Solat Sunat Musafir

أُصَلِّي سُنَّةً السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatas-safari, rak’ataini lillahi Taala

Sahaja aku solat musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala

2. Lakukan solat seperti biasa

Selepas niat, takbiratul ihram, baca doa iftitah dan surah al-Fatihah.

Kemudian sambung membaca surah pilihan :

  • Rakaat pertama:  Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas atau Surah An-Naas

Teruskan solat sebanyak dua rakaat sehingga salam.

3. Selepas memberi salam, baca Ayat Kursi dan Surah Quraisy.

ayat kursi

Surah Quraisy

surah quraisy

Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah)

Baca Doa Musafir

Doa Musafir Ringkas :

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

subhanallazi sakkharalana haza wama kunna lahu muqrinin wa inna ila rabbina lamunqolibun

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

Mulakan dengan langkah kanan dan berdoa

doa langkah kanan

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sesat ataupun disesatkan, menjadi hina ataupun dihinakan, menzalimi atau dizalimi, tidak mengendahkan atau tidak diendahkan.

(Hadis direkodkan oleh Abu Daud)

Doa Keluar Rumah

بسم الله توكلت على الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Bismillāhi tawakkaltu ‘ala Allāh wa lā ḥaula wa lā quwwata illā billāhi ‘l-’aliyyi ‘l-’aẓhīm

Dengan Nama Allah, Aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Pertolongan-Nya.(Hadis Riwayat Tirmidzi dari Anas bin Malik)

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ

Bacaan Rumi : Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya.

Maksud : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain.

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi)

Doa Perlindungan Keluarga Yang Ditinggalkan

doa perlindungan keluarga

Maksud doa:

Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku, dan nikmat-nikmat yang Engkau berikan kepadaku kepada mereka dalam hal akhirat dan dunia, dan hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia

(Hadis direkodkan oleh at-Tabrani)

Wallahua’lam

sumber – akuislam, solat sunat musafir mufti wilayah, siraplimau

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini