Solat Dhuha: Panduan Lengkap, Cara, Niat, Doa & Kelebihan

Solat Dhuha adalah solat sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam, khususnya sebagai pembuka pintu rezeki dan ketenangan jiwa. Ia dilakukan pada waktu pagi selepas matahari terbit hingga sebelum waktu Zuhur. Solat dhuha sangat mudah, ringkas, tetapi fadilat dan kelebihannya amat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, ia menjadi salah satu amalan pembuka pintu rezeki dan pengampunan dosa.

Apa Itu Solat Dhuha?

Solat dhuha ialah solat sunat yang dilakukan ketika matahari sedang naik (anggaran 20 minit selepas terbit matahari) sehingga sebelum gelincir matahari (masuk waktu Zuhur). Ia dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan boleh dilakukan sehingga lapan atau dua belas rakaat, mengikut kemampuan.

Dalil & Sumber Solat Dhuha

Antara dalil solat dhuha:

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Kekasihku (Nabi Muhammad SAW) telah berpesan kepadaku supaya berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat solat dhuha, dan solat witir sebelum tidur.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Bila Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekiranya cuaca hujan, atau mendung, adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat.

Bermula:
Kira-kira 28 minit selepas terbit matahari (waktu Syuruk).

Berakhir:
Lebih kurang 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur.

Contoh waktu (Malaysia):
Jika Syuruk 7:15 pagi, boleh mula solat dhuha sekitar 7:35 pagi hingga 12:45 tengah hari (jika Zuhur masuk jam 1:00 tengah hari).

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Lafaz Niat Solat Dhuha

niat solat dhuha

Rumi:
Usolli sunnatad dhuha rak‘ataini lillahi ta‘ala.

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii.  Al-Lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i.  Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii.  Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

image 3
Bacaan sujud terakhir dhuha

Selepas memberi salam bertasbihlah 10x:

image 2

Bacaan Doa Solat Dhuha

doa solat dhuha
Bacaan selepas solat dhuha

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, Walbahaa’a bahaa uka, Waljamaala jamaaluka, Walquwwata Quwatuka, Walqudrota Qudrotuka, Wal’ismata ‘ismatuka, Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu, Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu, Wa’in kaana harooman fathohhirhu, Wa’inkaana ba’idan faqorribhu, Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin

Kelebihan & Fadhilat Solat Dhuha

  1. Pembuka pintu rezeki:
    Amalan solat dhuha dikaitkan dengan kemurahan rezeki.
  2. Pengampunan dosa:
    Nabi SAW bersabda, “Setiap sendi tubuh anak Adam harus disedekahkan, dan solat dhuha itu menggantikan sedekah tersebut…” (HR Muslim)
  3. Mendapat ketenangan jiwa & mental:
    Memulakan hari dengan zikir & doa.
  4. Dilapangkan urusan dunia & akhirat.
  5. Mudah mencapai keampunan Allah.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa rakaat solat dhuha?

Paling sedikit 2 rakaat, paling banyak 8 rakaat (ada riwayat sehingga 12 rakaat).

2. Waktu paling afdhal?

Ketika matahari naik tinggi dan panas makin terasa (sekitar jam 9:00 – 11:00 pagi).

3. Adakah bacaan surah khusus?

Tidak ada surah khusus. Namun ramai ulama memilih asy-Syams, ad-Dhuha, al-Insyirah, al-Lail.

4. Boleh buat secara berjemaah?

Boleh, tetapi lebih utama secara individu.

5. Adakah solat dhuha wajib?

Tidak, ia adalah solat sunat muakkad (sangat digalakkan).

Tips Mengamalkan Solat Dhuha

  • Jadikan rutin setiap pagi untuk memulakan hari dengan doa & semangat positif.
  • Pilih waktu yang anda selesa, walaupun hanya 2 rakaat.
  • Baca doa rezeki selepas solat.
  • Jika sibuk, cukup dua rakaat dahulu, kemudian tambah apabila sudah istiqamah.

Penutup

Solat dhuha adalah amalan sunat yang mudah dan penuh rahmat. Ia bukan sahaja membuka pintu rezeki, malah memberi ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan. Mulakan hari anda dengan solat dhuha—insyaAllah, Allah akan mudahkan segala urusan dunia & akhirat.

Semoga artikel ini bermanfaat. Selamat beramal dan semoga rezeki anda dilapangkan!

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
3 years ago

[…] itu jika ada masa lapang, boleh teruskan dengan solat Dhuha pula. Solat Dhuha merupakan satu amalan yang bagus untuk menjemput rahmat Allah agar urusan harian […]

trackback
4 days ago

[…] Solat Dhuha […]