Sirah Nabi – Perjanjian Aqabah(621 M)

Izuan
perjanjian aqabah

Secara ringkasnya Perjanjian Aqabah atau Bai’ah Aqabah merupakan perjanjian damai atau sumpah setia yang berlaku antara Nabi Muhammad dengan beberapa penduduk Yathrib (nama lama Madinah Al Munawarrah) yang datang menemui baginda di sebuah tempat atau bukit bernama Aqabah. Bukit itu terletak beberapa kilometer di utara Kota Mekah iaitu berdekatan dengan Mina.

Dari aspek sosial dan politik penduduk Arab, melakukan perjanjian damai antara kabilah dan sebagainya adalah biasa dilakukan. Telah menjadi adat dan tradisi mereka saling menyatakan sumpah setia kawan atau bersahabat baik bagi mencapai pelbagai tujuan dan matlamat tertentu.

Perjanjian Aqabah Pertama(621 Masihi)

Perjanjian Aqabah merupakan perjanjian pertama Rasulullah dengan mana-mana pihak, sama ada dari dalam mahupun luar Kota Mekah. Ia melibatkan satu persefahaman untuk memberi ketaatan kepada Rasulullah.

Perjanjian ini dilakukan antara Rasulullah SAW dan 12 orang wakil dari Yathrib(Madinah) yang kemudiannya mereka memeluk Islam.

Isi baiat itu ada tiga perkara:

  • Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
  • Melaksanakan apa yang Allah perintahkan.
  • Meninggalkan apa yang Allah larang.

Setelah itu, Nabi Muhammad mengirim Mushab bin Umair dan Amr bin Ummi Maktum ke Yathrib bersama mereka untuk mengajarkan kepada manusia perkara-perkara agama Islam, membaca al-Quran, solat dan sebagainya.

Perjanjian Aqabah Kedua(622 Masihi)

Perjanjian Aqabah kedua dilakukan oleh Nabi Muhammad pada malam hari di Aqabah. Terdapat 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yathrib(Madinah) yang terlibat sama.

Kemudian orang-orang Yathrib itu membaiah Muhammad. Isi baiahnya adalah:

  • Untuk mendengar dan taat, baik dalam perkara yang mereka sukai maupun yang mereka benci.
  • Untuk berinfak baik dalam keadaan sempit maupun lapang.
  • Untuk beramar makruf nahi munkar.
  • Agar mereka tidak terpengaruh celaan orang-orang yang mencela di jalan Allah.
  • Agar mereka melindungi Muhammad sebagaimana mereka melindungi wanita­-wanita dan anak-anak mereka sendiri.

Setelah perjanjian itu, Nabi Muhammad kembali ke Makkah untuk meneruskan dakwah. Namun begitu, gangguan dari kaum musyrikin kepada kaum muslimin semakin keras. Maka Muhammad memberikan perintah kepada kaum muslimin untuk berhijrah ke Yatsrib, baik secara sendiri-sendiri, mahupun berkelompok.

Mereka berhijrah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga kaum musyrikin tidak mengetahui perpindahan mereka. Saban hari, gangguan Musyrikin Mekah semakin teruk. Akhirnya, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar RA turut berhijrah ke Madinah atas perintah dan tuntutan Allah.

Wallahua’lam

sumber – bharian, wiki

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini