Sirah Kelahiran Nabi Muhammad SAW(570M)

Izuan
Kelahiran nabi muhammad

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad merupakan perisitiwa penting dalam sejarah dunia. Jom belajar sama-sama. Di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul akan diadakan unutk memperingati kelahiran Nabi Muhammad.

Waktu kelahiran Nabi Muhammad

Rasulullah (s.a.w) telah dilahirkan di Syuaib Bani Hashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Rabiulawwal dipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 April tahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad Sulaiman al-Mansurpuri dan pakar ilmu Falak bernama Mahmud Basya.

Ibn Sa’d meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: “Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari rahimku, menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam”, periwayatannya hampir sama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah.

Tanda kelahiran Nabi Muhammad

Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranya runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama Majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Saawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Ia diriwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammad al-Ghazali.

Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahu kepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yang baik itu. Kelahiran Nabi Muhammad disambut oleh Abdul Mutalib dengan gembira lalu terus mengambil dan membawa Baginda ke dalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah, beliau telah memilih nama “Muhammad” sebagai nama kepada cucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad (s.a.w) telah lahir dalam keadaan sudah berkhatan.

Ibu susuan pertama selepas ibunya, ialah Thuwaibah hamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliau menjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibah juga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib dan Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.

Sambungan sirah nabi seterusnya ialah berkenaan ibu susuan nabi bernama Halimah as-Sa’diah. Ketika bersama Halimah, beberapa keajaiban kelahiran Nabi Muhammad telah terzahir.

Wallahua’lam

Rujukan : Ar-Raheeq al-Makhtum, Sirah Nabawiyah karangan Syeikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini