Malaikat Jibril dan Apa Tugasnya

Izuan
malaikat jibril

Malaikat Jibril (atau Jibrail, dipanggil juga Gabriel), ialah salah satu malaikat yang perlu kita ketahui. Dalam al-Quran, dapat difahami bahawa Malaikat Jibril ialah ketua para malaikat dan tugasnya ialah menyampaikan wahyu ilahi kepada para Nabi dan Rasul.

Antara gelaran malaikat Jibril ialah Ar Ruh, Al Amin, dan Ruhul Qudus.

Ayat Quran Tentang Malaikat Jibril

قُلْ مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِّجِبْرِيْلَ فَاِنَّهٗ نَزَّلَهٗ عَلٰى قَلْبِكَ بِاِذْنِ اللّٰهِ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَهُدًى وَّبُشْرٰى لِلْمُؤْمِنِيْنَ

Artinya: “Katakanlah (Muhammad), ‘Barangsiapa menjadi musuh Jibril, maka (ketahuilah) bahwa dialah yang telah menurunkan (Al-Qur’an) ke dalam hatimu dengan izin Allah, membenarkan apa (kitab-kitab) yang terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman’.

(QS. Al Baqarah: 97-98)

Allah SWT pun menegaskan tentang Malaikat Jibril dalam Surat Asy Syuara ayat 193 dan Surat An Nahl ayat 102 dengan menggunakan nama panggilannya, yaitu ar-Ruh al-Amin dan Rohulkudus.

نَزَلَ بِهِ الرُّوْحُ الْاَمِيْنُ ۙ

Artinya: “Yang dibawa turun oleh ar-Ruh al-Amin (Jibril).”

(QS. Asy Syuara: 193)

قُلْ نَزَّلَهٗ رُوْحُ الْقُدُسِ مِنْ رَّبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَهُدًى وَّبُشْرٰى لِلْمُسْلِمِيْنَ

Artinya: “Katakanlah, “Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Qur’an itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah).”

(QS. An Nahl: 102)

Tugas Malaikat Jibril

Seperti yang tertulis dalam firman Allah di atas, tugas utama malaikat Jibril ialah menyampaikan wahyu tuhan kepada para Nabi dan Rasul.

Terdapat dua keadaan di mana Malaikat Jibril menunjukkan rupa aslinya kepada Nabi Muhammad SAW iaitu:

Malaikat Jibril juga pernah bertemu Rasulullah ketika dalam bentuk manusia, kisah ini tercatat di dalam hadis tentang islam, iman dan ihsan. Rupa malaikat Jibril ketika itu ialah seorang lelaki yang memakai serba putih dan mempunyai rambut yang hitam.

Sifat Malaikat Jibril

Daripada Ibn Mas’ud, katanya:

أَنَّهُ رَأَى جِبْرِيلَ، لَهُ سِتُّمِائَةِ جَنَاحٍ

Maksudnya: Bahawa Baginda SAW melihat Jibril, yang memiliki 600 sayap.”[5]

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَأَيْتُ جِبْرِيلَ عَلَى سِدْرَةِ المُنْتَهَى وَلَهُ سِتُّمِائَةِ جَنَاحٍ

Maksudnya: Aku melihat Jibril atas Sidrah al-Muntaha, dan beliau memiliki 600 sayap.[6]

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini