Sayyidul Istighfar: Doa Penghulu Istighfar Paling Afdal dan Fadilatnya

Sayyidul Istighfar adalah doa istighfar paling utama yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia merupakan antara zikir pagi dan petang yang sangat dianjurkan, kerana kelebihannya yang besar dalam pengampunan dosa dan jaminan syurga jika dibaca dengan yakin. Artikel ini menyenaraikan lafaz lengkap Sayyidul Istighfar, maksud, waktu terbaik mengamalkannya, dan keistimewaannya.
Isi Kandungan
Apa Itu Sayyidul Istighfar?
Sayyidul Istighfar bermaksud “Penghulu Istighfar” atau doa memohon keampunan yang paling agung. Doa ini mengandungi pengakuan terhadap ketuhanan Allah, penghambaan diri, pengakuan dosa dan permohonan keampunan yang tulus.
Lafaz Sayyidul Istighfar (Arab, Rumi & Maksud)
Lafaz Arab:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.
Transliterasi Rumi:
Allahumma anta Rabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa‘dika ma istata‘tu, a‘udzu bika min sharri ma sana‘tu, abu’u laka bini‘matika ‘alayya, wa abu’u bidzanbi, faghfirli, fa innahu la yaghfirudz-dzunuba illa Anta.
Maksud:
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada atas janji-Mu dan ikrar kepada-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”
Keutamaan Beristighfar
Istighfar dalam pengertian (Bahasa Arab: إستغفار) adalah memohon ampunan atas segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba dengan upaya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan.
Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar.
Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.
[Riwayat al-Bukhari (6307)]
Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Selain istighfar, jangan lupa untuk disertai dengan taubat nasuha.
Hadith Berkenaan Sayyidul Istighfar
Maksud Sayyidul Istighfar ialah Penghulu Segala Istighfar.
Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
[Riwayat al-Bukhari (6306)]
Dijamin Syurga Untuk Pembaca Sayyidul Istighfar
Sabda Baginda SAW lagi di dalam hadith yang sama:
وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.
Waktu Terbaik Membaca Sayyidul Istighfar
- ⏰ Pagi: Selepas solat Subuh (antara waktu Subuh hingga terbit matahari)
- ⏱ Petang: Selepas solat Asar atau menjelang Maghrib
Ia boleh dibaca dalam zikir harian, selepas solat, atau bila-bila masa terasa perlu bertaubat dan memohon keampunan.
Panduan Amalan Sayyidul Istighfar
- Dibaca dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.
- Sebaiknya fahami maksudnya untuk lebih meresap ke dalam jiwa.
- Boleh diamalkan secara bersendirian atau berjemaah.
- Jadikan rutin harian dalam zikir pagi dan petang.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah Sayyidul Istighfar perlu dibaca dalam bahasa Arab sahaja?
Dianjurkan membaca dalam bahasa Arab, tetapi memahami maknanya amat penting. Jika tidak mampu, boleh baca dalam terjemahan.
Bolehkah saya baca Sayyidul Istighfar bila-bila masa?
Ya, walaupun waktu terbaik adalah pagi dan petang, doa ini boleh dibaca bila-bila masa sebagai tanda taubat.
Perlu baca setiap hari ke?
Tidak wajib, tetapi sangat dianjurkan untuk diamalkan setiap hari.
Penutup: Taubat yang Ikhlas, Doa yang Agung
Sayyidul Istighfar adalah satu permohonan ampun yang lengkap dan penuh pengharapan. Amalkan setiap hari untuk mendekatkan diri kepada Allah, membersihkan hati, dan meraih syurga sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
Wallahua’lam
Keywords : munif ahmad penghulu istighfar lyrics
[…] Sayyidul Istighfar – Penghulu Istighfar […]
[…] Sayyidul Istighfar […]
[…] juga membaca Sayyidul Istighfar(Penghulu […]
[…] Penghulu segala istighfar (sayyidul […]