13 Rukun Solat – Rukun Qalbi, Qauli dan Fi’li

Izuan
rukun solat

Mengapa kita wajib tahu rukun solat?

Kalau tertinggal rukun solat, adakah sah solat kita?

Jom kita sama-sama belajar tentang rukun solat.

Berapa rukun solat?

Pendapat yang rajih (kuat) dan muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’e adalah terdapat 13 perkara yang menjadi rukun solat iaitu:

1. Niat

Niat ialah apa yang kita ucapkan dalam hati

Niat solat mestilah dilakukan ketika mengangkat takbiratul ihram.

Sekurang-kurangnya niat ketika solat itu merangkumi tiga perkara:

Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata atau lafaz Usolli
Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhu
Ta’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak.

Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Subuh, memadai dia berniat:

اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ

“Sahaja aku solat fardu Subuh”, tetapi sunnahnya membaca lafaz penuh sehingga Lillahi Taala.

2. Berdiri tegak

Cara yang betul ialah dengan berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat.

Jika tidak mampu berdiri, boleh duduk, atau baring. Yang penting, usahakan agar dada ke arah kiblat.

Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring

Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud

3. Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram adalah melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.

Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan lafaz lain atau dilafazkan dalam bahasa lain selain bahasa arab.

Lafaz ini juga perlu dibuat dalam satu nafas sambil memasang niat.

4. Membaca Surah al-Fatihah

image 6

Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.

Setelah itu sunnah membaca surah-surah lain sebelum rukuk.

5. Rukuk

Rukuk ialah membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung.

Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.

Sunat berdoa atau bertasbih sewaktu rukuk.

Sekiranya tidak tahu berdoa atau bertasbih, cukup diam seketika sekadar masa membaca sekali “Subhanallah”.

Berada dalam keadaan tersebut dinamakan tamakninah.

6. Iktidal

Iktidal ialah berdiri tegak selepas rukuk.

Perlu ada tamakninah dalam keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.

Kadar tamakninah sama seperti rukuk, iaitu kadar sekali nafas atau kadar menyebut “subhanallah”.

7. Sujud

Pengertian sujud pada syarak ialah dahi orang yang bersolat bersentuhan secara langsung dengan tempat sujudnya.

Anggota sujud ada tujuh:

  • Dahi
  • Dua tapak tangan
  • Dua lutut
  • Dua kaki

Sunat mengenakan hidung ke lantai ketika sujud.

8. Duduk antara dua sujud

image 8

Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.

Sujud ini juga perlu dilakukan dengan tamakninah.

Duduk iftirasy ialah seseorang itu duduk dengan meletakkan bahagian punggungnya di atas kaki kirinya. Manakala tapak kaki kanan itu ditegakkan jari jemarinya menghadap ke arah kiblat.

9. Duduk tahiyat akhir

image 9

Duduk tahiyat akhir ialah duduk ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Duduk ini dilakukan secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha

tawarruk : Seseorang itu duduk dalam keadaan tapak kaki kanannya berdiri tegak, dan jari jemari kaki kanannya menghadap ke arah kiblat. Manakala kaki kirinya dilipat ke arah kaki kanan, dan dia meletakkan bahagian punggungnya di atas lantai atau tanah.

10. Membaca tahiyat akhir

Tahiyat akhir ialah tahiyat awal ditambah dengan selawat ke atas Nabi SAW.

image 10
Tahiyat awal

sambung dengan selawat di bawah…

11. Selawat ke atas Nabi SAW

image 12
Selawat ringkas

Tetapi lebih sempurna solat jika dilanjutkan dengan selawat Ibrahimiyah.

image 13
Selawat Ibrahimiyah

12. Memberi salam

Memberi salam adalah penutup solat.

Sekurang-kurangnya dengan lafaz “Assalamualaikum”

Bermula dengan berpaling ke kanan dahulu, kemudia kiri.

13. Tertib

Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.

Tidak boleh rukuk, kemudian takbiratul ihram, kemudian sujud, dan tiba-tiba diakhiri dengan iktidal. Tidak sah solat yang begini.

Rukun Qalbi, Qauli dan Fi’li

Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi pula kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi.

  • Maksud qalbi ialah rukun melibatkan hati
  • Maksud qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan.
  • Manakala rukun fi’li ialah rukunyang melibatkan pergerakan atau perbuatan.

Rukun Qalbi

Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati.

Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu:

  1. Niat
  2. Tertib

Rukun Qauli

Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya.

Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu.

Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:

  1. Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
  2. Al Fatihah
  3. Tahiyat Akhir
  4. Selawat atas nabi
  5. Salam yang pertama

Rukun Fi’li

Seperti yang telah diterangkan di atas, rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan.

Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun.

Rukun tersebut adalah:

  1. Berdiri (qiam).
  2. Rukuk.
  3. Iktidal.
  4. Sujud.
  5. Duduk antara dua sujud.
  6. Duduk tahiyat akhir.

Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini