Rukun Islam ada 5, tapi sebelum tu apa maksud rukun Islam?
Isi Kandungan
Erti Rukun Islam
Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman
Ada satu hadis yang khusus menerangkan tentang 5 rukun Islam iaitu sabda Rasulullah SAW:
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”.
(رواه البخاري ومسلم)
Dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khattab r.a , ia mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah; menunaikan shalat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rukun Islam ada 5 perkara iaitu :
- Mengucap 2 kalimah syahadah.
- Solat 5 waktu.
- Puasa di bulan Ramadan.
- Mengeluarkan zakat.
- Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan)
1. Melafazkan dua kalimah syahadah
Syahadah ialah kalimah tauhid, iaitu sebagai penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Setiap muslim perlu tahu tentang kalimat ini. Berikut ialah maksud syahadah, dan lafaz syahadah dalam bahasa Arab.
Ash-hadu al la ilaha illa llah
Wa Ash-hadu anna Muhammada rro sulu llah
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
2. Mendirikan Solat Fardu 5 Waktu
Solat ialah antara amalan terpenting dalam Islam. Bahkan solat itu menjadi identiti keislaman seseorang. Meninggalkan solat itu dikira dosa besar. Terdapat 5 waktu solat yang kita perlu jaga iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
3. Puasa di Bulan Ramadan
Dalil hukum wajib berpuasa:
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah al-Baqarah: 183)
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri. Puasa dari segi syarak bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat”
Antara hikmah puasa ialah sebagai satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia.
4. Membayar Zakat
Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat tertentu.
Zakat Fitrah secara istilahnya ialah penyerahan yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat tertentu.
Hikmah zakat
1. Memberi pertolongan orang susah dan fakir miskin.
2. Menjauhkan sifat-sifat bakhil orang Islam.
3. Menggalakkan umat Islam mengorbankan harta benda demi Islam.
4. Mengeratkan tali persaudaraan antara golongan berada dengan golongan miskin.
5. Sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah SWT
5. Menunaikan Haji bagi Yang Mampu
Setiap umat Islam yang cukup syarat (berkemampuan) wajib mengerjakan haji di Mekah.
Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dengan firman-Nya yang bermaksud:
…ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Dan bagi (kerana) Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu, (iaitu) siapa yang berkuasa mengadakan perjalanan kepadanya, dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu kaya daripada alam semesta.
(Surah al-Imran: 97)
Ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah.
Ibadah haji ini wajib bagi mereka yang mampu dari segi:
- Belanja pergi dan balik.
- Belanja untuk tanggungan yang ditinggalkan.
- Kesihatannya yang baik.
- Keselamatan perjalanan dan kenderaan.
- Sempat masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa.
Wallahua’lam
Rujukan: