Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah

Izuan
puasa hari arafah

Puasa Hari Arafah jatuh pada tarikh 9 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah.

Di dalam bulan mulia ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain Jumaat iaitu hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut.

Sebagai mana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Antara amalan-amalan yang digalakkan ialah:

1. Berpuasa

Lafaz niat puasa hari Arafah:

image

Tiada niat yang khusus untuk puasa Arafah, boleh juga menggunakan lafaz di bawah:

  • Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
  • Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

2. Doa pada Hari Arafah

Amalan terbaik pada hari #wukuf di #Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah: “Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Maka, perbanyakkanlah doa sepanjang hari itu.

3. Berzikir

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
3 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda […]

2 years ago

[…] Berpuasa sunat pada 9 Zul al-Hijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. […]

2 years ago

[…] berpuasa dgn istilah puasa Tarwiyah. Yang pasti terdapat ganjaran khusus bagi mereka yang berpuasa pada hari Arafah pada 9 […]