Ketahui niat, kelebihan, tarikh, dan hukum puasa Asyura 2025. Panduan lengkap puasa sunat Asyura, beza dengan Tasu’a, serta amalan sunnah dan Soalan Lazim.
Apa Itu Puasa Asyura?
Puasa Asyura ialah puasa sunat yang dilakukan pada 10 Muharram, salah satu hari yang sangat mulia dalam Islam. Rasulullah SAW sangat menganjurkan umatnya untuk berpuasa pada hari ini kerana kelebihan dan ganjaran besar yang dijanjikan
Hukum Puasa Asyura
- Sunat muakkad (sangat digalakkan).
- Bukan wajib, tetapi sangat dianjurkan berdasarkan hadis sahih.
- Rasulullah SAW berpuasa Asyura sebelum difardhukan puasa Ramadan.
Galakan Berpuasa Hari ‘Asyura
Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari ‘asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:
Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
Riwayat Ibn Majah (1738)
Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;
Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.
Riwayat al-Bukhari ( Hadis 2004)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa pada hari ‘Asyura adalah diperintahkan kepada umat Muhammad S.A.W dan hukumnya adalah sunat.
Bila Tarikh Puasa Hari Asyura Dan Puasa Hari Tasu’a 2025
Bagi tahun Hijrah 1447H bersamaan tahun Masihi 2025, tarikh-tarikh penting bagi amalan puasa sunat dalam bulan Muharram adalah seperti berikut;
- Tarikh Puasa Hari Tasu’a
9 Muharam 1447H = 5 Julai 2025 (Sabtu) - Tarikh Puasa Hari Asyura
10 Muharam 1447H = 6 Julai 2025 (Ahad) - Tarikh Puasa 11 Muharram 1447H
7 Julai 2025 (Isnin) - Tarikh Puasa Hari Putih
13, 14, 15 Muharram = 9, 10, 11 Julai 2025 (Rabu, Khamis, Jumaat)
Niat Puasa Asyura dan Puasa Tasu’a

Lafaz niat (malam atau pagi hari):
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمِ عَاشُورَاءَ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma yaumi ‘asyura sunnatan lillahi ta’ala.
Maksud:
“Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Ta’ala.”
- Nota: Boleh niat dalam hati jika tidak hafal lafaz Arab.
Cara Puasa Asyura
Terdapat beberapa cara untuk berpuasa, mengikut pendapat ulama:
- Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
- Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
- Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Seeloknya ditambah puasa pada sebelum atau selepasnya supaya tidak menyerupai amalan Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.
Riwayat Ahmad (2154)
Kelebihan & Fadilat Puasa Asyura
- Menghapuskan dosa setahun yang lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapus dosa setahun yang lalu.” (HR. Muslim) - Antara puasa sunat paling utama selepas Ramadan.
- Mendapat ganjaran besar dan keberkatan pada hari yang penuh peristiwa penting dalam sejarah para nabi.
Tips Agar Puasa Asyura Lebih Bermakna

🔹 Persiapkan fisik dengan makan sahur bergizi
🔹 Perbanyak istighfar & baca Al-Qur’an
🔹 Hindari maksiat & perbanyak kebaikan
🔹 Ajak keluarga untuk puasa bersama
Soalan Lazim (FAQ) Puasa Asyura
1. Boleh tak puasa hanya pada 10 Muharram (Asyura)?
Boleh, tapi lebih afdhal digabung dengan 9 atau 11 Muharram.
2. Wajib ke puasa Asyura?
Tidak wajib, tetapi sangat digalakkan (sunat muakkad).
3. Apa kelebihan utama puasa Asyura?
Menghapuskan dosa-dosa kecil setahun lalu.
4. Kalau terlepas 9 Muharram, boleh puasa 10 & 11 Muharram?
Boleh, dan tetap mendapat pahala sunnah.
5. Boleh ke niat dalam hati?
Ya, sah niat dalam hati sahaja.
Kesimpulan
Puasa Asyura adalah ibadah sunnah dengan keutamaan besar, termasuk pengampunan dosa setahun. Dengan melaksanakannya pada 10 Muharram (dan 9 Muharram), kita bisa meraih pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.
#PuasaAsyura #10Muharram #KeutamaanAsyura #AmalanSunnah #TataCaraPuasaAsyura
Wallahua’lam
[…] Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari Asyura. […]
[…] janganlah hanya puasa Asyura sahaja kerana perbuatan ini menyamai amalan kaum […]
[…] Puasa Asyura (10 Muharram) […]