Perkahwinan Dalam Islam, Maksud Dan Tujuan

Izuan
perkahwinan dalam islam

Perkahwinan dalam Islam adalah sesuatu yang dinanti-nanti dalam kehidupan seseorang Muslim. Sape je taknak kahwin kan?

Tetapi perkahwinan jika tidak berlandaskan ilmu, akan mengundang 1001 masalah dalam rumahtangga yang dibina.

Di artikel ini saya akan berkongsi tentang pengertian kahwin, tujuan perkahwinan dan kriteria calon pasangan menurut Islam.

Maksud Perkahwinan

Dari segi bahasa ertinya himpun, kumpul atau cantum.

Dari segi syarak, maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.  Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Dalil Al-Quran Tentang Perkahwinan

Firman Allah SWT:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. (an-Nisa’ : 1)

Tujuan Perkahwinan

Tuntutan fitrah manusia normal

Lelaki menyukai perempuan dan perempuan menyukai lelaki merupakan satu perasaan yang bersifat fitrah, maksudnya semulajadi. Jika lelaki menyukai seorang lelaki(gay) atau perempuan menyukai seorang perempuan(lesbian), ini dikira melawan fitrah. Perkahwinan menghubungkan antara lelaki dan perempuan, maka Allah swt. menetapkan perkahwinan untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Berkahwin atas tujuan ibadah

Baginda bersabda lagi:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.

Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647)

Sesungguhnya pasangan kita adalah ladang pahala. Sebahagian amal akan berlipat ganda ganjarannya setelah berkahwin.

Menghindari maksiat

Dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud, dan Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda ! Barang siapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya.”

Jika naluri dalam diri tidak dipenuhi melalui jalan yang benar (iaitu perkahwinan), dikhuatiri akan membawa seseorang itu ke jalan yang sesat. Kecenderungan melakukan perbuatan yang Allah larang seperti berzina, merogol dan meliwat.

Matlamat Perkahwinan

Matlamat utama perkahwinan ialah untuk mencapai redha Allah,

وَمِنْ اٰيٰتِهٖٓ اَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ اَنْفُسِكُمْ اَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوْٓا اِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَّوَدَّةً وَّرَحْمَةً ۗاِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum : 21)

Hukum Nikah

Harus – hukum asal

Sunat – mampu dan berkeinginan

Wajib – kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.

Makruh – tidak berkeinginan

Haram – kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin

Rukun Nikah

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Ijab dan Qabul

Syarat-syarat Pengantin

Bakal SuamiBakal Isteri
IslamIslam
LelakiWanita
Tidak mempunyai 4 orang isteri yang sah dalam satu masaBukan isteri orang atau dalam iddah
Bukan mahram kepada pengantin perempuanBukan mahram
Bukan dalam ihramBukan dalam ihram
Kerelaan sendiriKerelaan sendiri

Pemilihan Calon Pengantin Lelaki

 Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila datang kepadamu (untuk meminang) iaitu seseorang yang kamu telah rela terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah (anak perempuanmu) dengannya, apabila tidak, maka akan terjadi fitnah dan kerosakan yang meluas di muka bumi.”

(HR. At Tirmidzi)

Kriteria Calon Pengantin Perempuan

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini