Penulis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Blog ini ialah usaha kecil saya untuk berkongsi ilmu agar menjadi saham kita semua di akhirat nanti.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika anda ingin turut serta tambah saham akhirat, boleh tekan link ini.

Al Faqir Ilallah,
Muhammad Izuanuddin Maon


Setiap manusia tidak terlepas daripada kesalahan, sila tinggalkan teguran jika ada kesilapan supaya dapat diperbaiki untuk manfaat bersama.