Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan

Izuan
niat puasa ramadhan

Niat puasa Ramadhan mudah sahaja, jom kita belajar sama-sama.

Terdapat dua cara untuk berniat puasa Ramadhan :

1. Niat Puasa Harian

niat puasa harian
nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi Ramadhana hazihi sanati lillahi taala

“Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Mengikut Mazhab Syafie, wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tidak terikat antara satu sama lain.

2. Niat Puasa Sebulan

niat puasa sebulan
nawaitu sauma syahri ramdhana kullihi lillahi taala

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Mengikut Mazhab Maliki, seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

Sebahagian Ulama Mazhab Syafie membenarkan berpegang pada pendapat mazhab Maliki sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan. Dan inilah yang kebiasaannya diamalkan di Malaysia.

Wallahua’lam

sumber – irujukan, mysumber

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini