Solat wuduk adalah salah satu solat sunat yang disyariatkan dan tsabit sandarannya di sisi syarak berdasarkan beberapa nas dari Rasulullah S.A.W.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Bilal bin Rabah :
يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling terbaik yang kamu lakukan di dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku di dalam syurga.
Kemudian Bilal R.A menjawab :
مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِي أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ
Maksudnya : Tidaklah aku melakukan amalan yang paling baik di sisiku, aku ini tidak berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan mendirikan solat dengan wuduk tersebut dengan kadar yang ditetapkan untuk aku solat.
Riwayat Al-Bukhari (1149)
Isi Kandungan
Cara Melakukan Solat Wuduk
1. Setelah berwuduk
Artikel berkaitan – Niat wuduk
2. Niat Solat Wuduk
Usolli Sunnatal Wudu’-i Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala
3. Solat dua rakaat seperti biasa dengan satu salam
Kelebihan Solat Wuduk
1. Dijanjikan nikmat syurga
‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ يُقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
Maksudnya : Tidak ada seorang pun yang berwuduk kemudian dia memperelokkan wuduknya lalu mendirikan solat dua rakaat yang dia memfokuskan jantung hati serta wajahnya dalam mengerjakannya melainkan wajib buat dirinya itu syurga.
Riwayat Abu Daud (906)
2. Diampunkan dosa-dosa lampau
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Utsman bin ‘Affan R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ تَوَضَّأَ وُضُوئِي هَذَا، ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، لاَ يُحَدِّثُ نَفْسَهُ فِيهِمَا بِشَىْءٍ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya : Sesiapa yang berwuduk seperti wuduk aku ini, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat, yang mana dia tidak lalai di dalamnya, maka akan diampunkan dosa-dosa (kecilnya) yang terdahulu.
Riwayat Al-Bukhari (1934)
Wallahua’lam
sumber – akuislam, shafiqolbu