Nafkah Isteri Atau Ibu Bapa Lebih Utama? (Mufti Wilayah)

Izuan
nafkah isteri ibu bapa

Ketika menjadi seorang suami, soal nafkah merupakan perkara yang tidak boleh diremehkan. Antara perkara yang meletakkan seorang suami itu dalam dilemma ialah berkenaan nak beri nafkah pada isteri atau ibu bapa dahulu. Kann?

Dalil Memberi Nafkah

Kami mulakan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:

ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا ، فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلِأَهْلِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ ، فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَيْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا

Maksudnya“Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.”

Riwayat al-Bukhari (6763) dan Muslim (997)

Imam al-Syaukani menyebut: Nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. (Lihat Nail al-Autar, 6/381)

Keadaan Wajib Beri Nafkah

Para ulama’ menyebut, memberi nafkah kepada ibubapa adalah tidak wajib atas seorang anak kecuali dalam dua keadaan berikut:

  • Ibubapanya miskin dan memerlukan bantuan.
  • Anak tersebut mempunyai lebihan harta selepas nafkah yang diberikan kepada keluarganya. Syarat ini disepakati oleh para ulama’. (Lihat Mughni al-Muhtaj,3/446; al-Insaf, 9/392 dan Hasyiyah Ibn Abidin, 2/678)

Turutan Keutamaan Memberi Nafkah

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji dinyatakan: Jika bilangan usulfuru’ dan yang lainnya yang memerlukan nafaqah adalah ramai, sedangkan lebihan keperluan dirinya tidak mencukupi untuk diberi kepada kesemuanya, dia hendaklah memenuhi keperluan dirinya sendiri dengan memberi keutamaan berdasarkan kepada susunan yang berikut:

  • Isteri. Hal ini demikian kerana nafaqah kepada isteri adalah pasti. Ia tidak gugur dengan berlalunya masa. Hal ini berbeza dengan nafaqah usul dan furu’ yang gugur dengan berlalunya masa, sebagaimana yang telah dijelaskan.
  • Anak yang masih kecil. Hal ini sama juga dengan anak yang dewasa, tetapi gila kerana mereka tidak mampu untuk bekerja.
  • Ini kerana ibu juga tidak mampu untuk bekerja dan haknya telah pasti disebabkan ibulah yang mengandung, melahir, menyusu dan mendidik anak sehingga meningkat usia.
  • Ini kerana kelebihan bapa yang cukup besar terhadap keluarga.
  • Anak yang dewasa tetapi fakir, kerana hampirnya hubungan dengan bapanya. Hubungan yang hampir dan rapat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  • Datuk dan ke atas. Ini bertujuan untuk menghormati datuk dan sama juga untuk menghormati bapa. Datuk merupakan asal keturunan dan haknya wajib dijaga serta dipelihara. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/110)

Kesimpulan

Seorang anak lelaki perlu bijak dalam urusan memberi nafkah supaya tiada yang terasa hati.

Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”

Riwayat al-Tirmizi (194)

Seterusnya, bantuan kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban tetapi ehsan yang sewajibnya kita tunaikan sebagai hak ibu bapa kita. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

MaksudnyaDan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Surah al-Isra’ (23)

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini