Masjid al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى al-Masjid al-Aqṣā, “Masjid Terjauh”) atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur).
Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau “tanah suci yang mulia” dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci, yang dipercayai di mana Kuli Pertama dan Kuil Kedua pernah terletak.
Isi Kandungan
1. Ia merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam.
Bagi umat muslim, Masjidil Aqsa adalah tempat suci ketiga setelah Mekkah dan Madinah. Hal ini dikaitkan dengan peristiwa Isra Miraj, dimana Nabi Muhammad naik ke syurga dengan berpijak pada batu yang sekarang berada di pusatnya Kubah Ash-Shakrah atau Dome of The Rock.
Mekah dan Madinah merupakan bandar-bandar yang diberkati di dalam Islam kerana kaitannya dengan Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Nabi Muhammad SAW. Bagitu juga dengan Baitul Maqdis yang diberkati dan penting di dalam Islam kerana kaitannya dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS dan Nabi Isa AS.
2. Tanah di mana dikaitkan dengan kehidupan ramai para nabi.
Kesucian Bandar Baitul Maqdis menurut Islam adalah pada realiti sejarah keagamaannya. Bandar ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kerja-kerja para nabi serta utusan Allah SWT. Di situlah turunnya wahyu Allah SWT secara berulang-ulang. Nabi-nabi dan utusan-utusan Allah yang agung tinggal dan berpindah ke lembah-lembah serta jalan-jalannya.
Baitul Maqdis diberkati dan penting di dalam Islam kerana kaitannya dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS dan Nabi Isa AS
Tanah ini juga mempunyai nilai signifikan bagi Kaum Yahudi dan Kristian. Oleh sebab itu, sepanjang sejarah pada masa lampau, pelbagai cubaan dilakukan oleh pelbagai bangsa untuk menguasai Baitul Muqaddis dan Masjid Al-Aqsa.
Oleh kerana tanah ini diberkati, maka ia dibuka dua kali oleh umat Islam ketika zaman Umar RA dan Salahuddin al-Ayubi.
3. Masjid al-Aqsa disebut dalam al-Quran
Firman Allah SWT:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Israa’: 1)
4. Tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj
Pada tahun 620M, kira-kira satu setengah tahun sebelum Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, satu peristiwa Al-Israa’ dan Al-Mi’raj (perjalanan malam dan diangkat ke langit) telah berlaku. Pada suatu malam, dengan cara yang menakjubkan, Rasulullah SAW telah melakukan perjalanan yang penuh keajaiban dari Mekah ke Baitul Maqdis dan diangkat ke langit pada malam yang sama.
Perjalanan malam ini merupakan satu keajaiban yang agung yang dipercayai oleh setiap umat Islam bahawa ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW dan mengesahkan hubungan akidah antara Mekah dan Baitul Maqdis.
Kedua-dua peristiwa ini berlaku pada malam yang sama. Malaikat Jibril (Gabriel) mengiringi Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Baitul Maqdis. Diceritakan juga bahawa Nabi SAW berdiri di atas Batu Suci (Al-Sakhrah Al-Musharrafah), naik ke langit, kembali ke Baitul Maqdis dan bertemu dengan ramai nabi-nabi serta rasul-rasul terdahulu yang berhimpun untuk Baginda sempena peristiwa tersebut. Rasulullah SAW seterusnya mengimamkan solat mereka.
5. Tercetusnya Perang Salib Pertama
Pada tahun 1099 Masihi, tentera salib telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, termasuk Masjid Al-Aqsa, ketika berlakunya Perang Salib Pertama dan menggunakannya sebagai istana kerajaan dan kandang kuda.
Bagaimanapun, fungsi Masjid itu dapat dikembalikan setelah pasukan Islam dipimpin Salahuddin Al-Ayyubi berjaya merebut kembali Baitulmaqdis melalui pengepungan pada tahun 1187 Masihi.
sumber – muftiwp, wikipedia
[…] 5 Fakta Menarik Tentang Masjid al-Aqsa […]