Maksud Ihsan

Izuan
ihsan

Apakah maksud Ihsan mengikut agama Islam?

Sifat ihsan ialah satu sifat terpuji yang perlu ada pada setiap manusia.

Erti Ihsan

Maksud Ihsan mengikut Islam

أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك

Bahawa “kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”

(Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab tentang islam, iman dan ihsan)

Maksud Ihsan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati); 3. jasa baik.

Sifat Ihsan Pada Kehidupan

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Nabi s.a.w itu maka ulama’ mengemukakan beberapa ta’rif, kesimpulan dan pembahagian dari segi agama, amalan dan kehidupan manusia.

Antara ta’rif ihsan ialah “muraqabah” (bukan sekadar hampir tetapi sentiasa bersama) iaitu seseorang merasakan Allah sentiasa bersama dengannya, sentiasa memerhatikannya baik pada ketika sunyi atau terbuka.

Seterusnya ia menghasilkan ketaqwaan kepada Allah, mengharapkan ganjaran-Nya, takut kepada azab-Nya dan sebagainya. Hasilnya seseorang itu akan menjaga segala kewajipan sehingga perkara-perkara yang sunat dan menjauhi segala perkara yang dilarang dan diharamkan sehingga perkara-perkara yang menimbulkan syubhat.

Orang yang mempunyai sifat ihsan digelar Muhsin, iaitu orang yang sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan serta berlumba-lumba untuk memperolehi kelebihannya.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini