Siapa Hindun binti Utbah?
Jangan tertukar pula dengan Hindun binti Abi Umayyah, kerana ini ialah isteri Nabi yang dipanggil dengan gelaran Ummu Salamah.
Isi Kandungan
Biodata Hindun Binti Utbah
Hindun Binti Utbah adalah seorang wanita Quraisy, isteri kepada pemimpin Quraisy bernama Abu Sufyan. Hindun dan suaminya antara orang yang paling kuat permusuhannya terhadap Islam, tetapi dengan izin Allah Hindun mendapat hidayah dan memeluk Islam.
Ayahnya Utbah bin Rabiah merupakan salah seorang pemimpin berpengaruh. Dia mempunyai dua adik-beradik iaitu Abu Hudzaifah dan Walid.
Hindun Makan Hati Hamzah
Pada Perang Badar, ayahnya Utbah dan saudara lelakinya Walid bin Utbah telah mati dibunuh oleh Saidina Hamzah yang diberi julukan “Singa Allah”. Sejak dari itu, Hindun menyimpan dendam terhadap tentera Islam.
Diceritakan, ketika Perang Uhud, suaminya Abu Sufyan dilantik menjadi panglima perang tentera Quraisy. Hindun dan beberapa wanita telah turut serta untuk memberikan sokongan dan motivasi dengan cara menyanyi dan menari. Ketika peperangan berlaku seorang hamba Habsyi bernama Wahsyi telah berjaya membunuh Saidina Hamzah dengan menggunakan tombak. Melihat keadaan itu Hindun bergegas menuju ke jasad Saidina Hamzah dan membelah dadanya, dia cuba memakan hati Hamzah namun tidak berjaya.
Hindun Masuk Islam
Selepas umat Islam berjaya menakluk Makkah ketika peristiwa Pembukaan Makkah atau Fathu Makkah, Hindun telah memeluk Islam.
Hadis berkaitan Hindun
Pernah terjadi pada zaman Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah. Satu hari Hindun Binti ‘Utbah iaitu isteri kepada Abu Sufyan datang menemui Rasulullah untuk mengadu perihal suaminya. Kata beliau :
إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ ، لاَ يُعْطِينِي مِنَ النَّفَقَةِ مَا يَكْفِينِي وَيَكْفِي بَنِيَّ إِلاَّ مَا أَخَذْتُ مِنْ مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمِهِ ، فَهَلْ عَلَيَّ فِي ذَلِكَ مِنْ جُنَاحٍ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذِي مِنْ مَالِهِ بِالْمَعْرُوفِ مَا يَكْفِيكِ وَيَكْفِي بَنِيكِ
Maksudnya :” Sesungguhnya Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?. Sabda Rasulullah saw : ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.”
Riwayat al-Bukhari (2211) dan Muslim(4574)
Hadis ini menjelaskan kepada kita akan keharusan seorang isteri mengambil duit sekadar perlu untuk keperluan dirinya dan anaknya hanya jika suaminya tidak memberi nafkah yang sepatutnya diberikan kepadanya.
Peranan Hindun Dalam Perang Yarmuk
Ibnu Jarir berkata, ”Pada hari itu, kaum Muslimin bertempur habis-habisan. Mereka berhasil menewaskan pasukan Romawi dalam jumlah yang sangat besar. Sementara itu, kaum wanita menghalau setiap tentera Muslim yang terdesak dan mundur dari medan perang. Mereka berteriak, ’Kalian mau pergi ke mana? Apakah kalian akan membiarkan kami ditawan oleh pasukan Romawi?’ Siapa pun yang mendapat kecaman yang pedas seperti itu, pasti kembali menuju kancah pertempuran.”
Tentera Muslim yang sebelumnya hampir melarikan diri, kemudian bertempur kembali membangkitkan semangat pasukan yang lain. Mereka benar-benar terbakar oleh kecaman pedas yang diteriakkan oleh kaum wanita, terutama Hindun binti Utbah. Dalam suasana seperti itu, Hindun menuju barisan tentara sambil membawa tongkat pemukul tabuh dengan diiringi oleh wanita-wanita Muhajirin. Ia membaca bait-bait syair yang pernah dibacanya dalam Perang Uhud.
Tiba-tiba pasukan berkuda yang berada di sayap kanan pasukan Muslim berbalik arah, karena terdesak musuh. Melihat pemandangan tersebut, Hindun berteriak, ”Kalian mau lari ke mana? Kalian melarikan diri dari apa? Apakah dari Allah dan surga-Nya? Sungguh, Allah melihat yang kalian lakukan!”
Hindun juga melihat suaminya, Abu Sufyan, yang berbalik arah dan melarikan diri. Hindun segera mengejar dan memukul muka kudanya dengan tongkat seraya berteriak, ”Engkau mau ke mana, wahai putra Shakhr? Ayo, kembali lagi ke medan perang! Berjuanglah habis-habisan agar engkau dapat membalas kesalahan masa lalumu, saat engkau mengumpul kekuatan untuk menghancurkan Rasulullah.”
Zubair bin Al-’Awwam yang melihat semua kejadian itu berkata, ”Ucapan Hindun kepada Abu Sufyan itu mengingatkanku kepada peristiwa Perang Uhud, saat kami berjuang di depan Rasulullah SAW.”
Wallahua’lam