Kisah Hanzalah Dimandikan Malaikat

Izuan
hanzalah

Siapakah Hanzalah?

Hanzalah bin Abu Amir adalah seorang sahabat Nabi yang terkorban dalam Perang Uhud. Hanzalah mendapat gelaran “yang dimandikan malaikat” kerana jasadnya. Beliau ini berbeza dengan Hanzalah al-Usaidi yang disebutkan dalam hadis berkaitan munafiq.

Hanzalah ialah seorang pemuda yang baru sahaja berkahwin, ketika beliau mendengar seruan untuk Perang Uhud terus beliau bingkas bangun dari bersama isterinya yang baru dikahwininya itu. Semasa di medan pertempuran, beliau terus meredah barisan tentera musyrikin, hingga rapat bersemuka dengan Abu Sufian bin Sakhr bin Harb, hampir-hampir beliau membunuh Abu Sufian kalau tidak kerana, kurniaan Allah kepadanya, untuk menjadi syahid, semasa beliau sudah pun mengatasi lawannya Abu Sufian hampir menumpasnya tiba-tiba Syaddad bin al-Aswad memukulnya hingga beliau syahid.

Setelah Tamat Perang Uhud

Tentera Islam tercari-cari di mana keranda Hanzalah, akhirnya mereka dapati sedang berada di suatu tempat berhampiran lelehan air yang menitis dari celah-celah batu, dan diceritakan kepada Rasulullah. Baginda pun memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau dimandikan oleh Malaikat, nak tahu kenapa demikian tanyalah ahli rumahnya kenapa halnya itu?

Lantas mereka pun bertanyalah kepada isterinya. Isterinya pun menceritakan kisah sebenarnya di mana beliau telah keluar ke medan jihad sebelum sempat mandi wajib. Di sini Hanzalah dikenali sebagai syahid yang dimandikan oleh Malaikat.

Begitu hebat keimanan Hanzalah sahabat nabi, menyahut seruan agama tanpa ada sedikit pun keraguan.

Mungkin ada yang berminat untuk menggunakan nama Hanzalah sebagai nama anak, klik link ini untuk melihat apa maksud Hanzalah.

Wallahua’lam

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini