Kelebihan Wuduk Wajah Bercahaya di Akhirat

Izuan
kelebihan wuduk

Beberapa kelebihan wuduk seperti yang disebutkan dalam hadis.

1. Wuduk Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Perhiasan perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wuduk.” (H/R. Muslim, no: 250)

2. Mengangkat darjat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda s.a.w pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (H/R. Muslim, no: 253)

3. Menghapuskan dosa

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” 

(HR; Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Semoga kita sama-sama dapat menjaga wuduk dan meraih kelebihan wuduk. InsyaAllah!

Wallahua’lam

Artikel berkaitan

sumber – shafiqolbu, akuislam

Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
2 years ago

[…] dengan betul akan memudahkan sesebuah proses. Contohnya jika ingin tidur kita biasakan gosok gigi, ambil wudu’ dan tutup lampu. Jika kita sudah terbiasa melakukannya, maka jika kita gosok gigi je, otak kita […]