Kelebihan Surah al-Kahfi Hari Jumaat

Izuan
kelebihan surah al-kahfi

Terdapat pelbagai kelebihan Surah al-Kahfi yang disebut dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.

Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah).

Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang pemuda yang berada di dalam gua(Kahfi).

Diberi Cahaya Antara 2 Jumaat

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

Terselamat Dari Fitnah Dajjal

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.

Hadith Riwayat Muslim: 1342

Semoga kita dapat istiqamah mengamalkannya, In shaa Allah.

Wallahua’lam

sumber – kashoorga, siraplimau

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini