Kelebihan Bulan Rejab

Izuan
doa bulan rejab

Apa kelebihan bulan Rejab, ada ke sebenarnya?

Bila menjelang bulan Rejab selalu terdengar hadis ni,

Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

رَجَبُ شَهْرُ اللَّهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِي وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِي

Maksudnya: “Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban pula adalah bulanku (Rasulullah SAW) dan Ramadhan adalah bulan umatku”.

Setelah diteliti rupa-rupanya hadis ini statusnya lemah, bahkan sesetengah ulama menghukumnya sebagai palsu.

Lepas tu, ada juga yang hadis palsu yang menetapkan ganjaran tertentu jika puasa pada hari sekian-sekian pada bulan Rejab. Boleh baca di artikel di bawah,

Di website mufti wilayah telah ditampilkan beberapa pendapat para ulama’ berkaitan kelebihan bulan Rejab, Antaranya ialah:

  • Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
  • Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]
  • Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
  • Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]

Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:

  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Kesimpulan

Bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadith-hadith yang sahih seperti amal ibadat tertentu. Namun, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beriktiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Bagusnya masyarakat kita ialah masuk sahaja bulan Rejab, masing-masing mula membuat persiapan dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Ramadan. Namun perlu berjaga-jaga dalam menyebarkan kelebihan atau amalan khusus yang disandarkan kepada bulan Rejab

Wallahua’lam

rujukan:

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini