Kelebihan Berbakti Kepada Ibu

Izuan
berbakti kepada ibu

Ibu ialah salah seorang watak yang paling penting dalam hidup seseorang. Islam mengangkat tinggi darjat ibu bapa sehinggakan terdapat ayat Quran dan Hadis berkenaan kemuliaan berbakti kepada ibu bapa.

Ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

Riwayat Muslim (2548)

Maka diambil manfaat daripada hadis ini bahawa seorang ibu didahulukan dalam proses berbuat baiknya seorang anak itu kepada kedua ibubapanya sebanyak tiga kali ke atas bapanya.

Ketika berinteraksi dengan ibu bapa, seeloknya diterapkan akhlak seperti firman Allah,


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ

Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).

Surah al-Isra’ (24)

Jika tidak setuju dengan pendapat mereka, jangan membantah, lebih baik berdiam. Dan berkatalah dengan lemah lembut. Berikut ialah larangan meninggikan suara dengan ibu bapa hatta perkataan ‘Ah’ sekalipun

Artinya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (al-Isra’ : 23)

Kelebihan Berbakti Kepada Ibu

1. Membentuk Peribadi Yang Baik

Ini merupakan mafhum dari firman Allah S.W.T:

وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا

Maksudnya: Dan aku (Nabi Isa) berbuat baik kepada ibuku dan Allah tidak menjadikan aku ini bersikap keras dan derita.

Surah Maryam (32)

Maka difahami daripada ayat di atas bahawa Allah S.W.T tidak menjadikan Nabi Isa A.S sebagai seorang yang keras (sombong dan bongkak) dan juga orang yang menderita, sebaliknya baginda menjadi individu yang santun dan bahagia disebabkan ketaatan baginda kepada ibunya Maryam.

2. Doa Ibu Mustajab

Dalam sebuah hadis yang panjang, daripada Umar bin al-Khattab R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ

Maksudnya: Sekiranya kamu mampu untuk meminta supaya dia (Uwais al-Qarani) memohon keampunan Allah buat kamu, maka lakukanlah.

Ini adalah saranan dari Rasulullah S.A.W, iaitu untuk meminta Uwais al-Qarani yang merupakan seorang tabiin memohon keampunan Allah untuk Umar. Sedangkan Umar berada pada kedudukan yang jauh lebih tinggi dan afdhal berbanding Uwais. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah disebabkan amalan mulia yang dilakukan oleh Uwais al-Qarani, seperti yang dikatakan oleh Nabi S.A.W:

لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ

Maksudnya: Dia (Uwais) mempunyai seorang ibu yang dia amat taat kepadanya.

Justeru, dapat diambil isyarat daripada hadis di atas bahawa perbuatan berbuat baik dan mentaati ibu akan menjadikan seseorang itu memperoleh doa yang mustajab.

Wallahua’lam

Sape nak fefeeling, boleh dengar lagu ibu
Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini