Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Izuan
Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Apa kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah?

Dalil tentang kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Demi fajar dan malam yang sepuluh). (al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Riwayat Bukhari)

Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Berdasarkan hadis sahih di atas, maka benarlah bahawa 10 hari terawal Zulhijjah memang mempunyai kelebihan yang besar.

Jadi marilah kita sama-sama tingkatkan amalan supaya dapat ganjaran yang pahala yang besar.

Antara amalan-amalan yang digalakkan ialah:

1. Berpuasa

 Diriwayatkan dalam kitab al-Musnad dan Sunan, daripada Hafsah,

Maksudnya :Bahawa Nabi SAW tidak meninggalkan puasa pada hari Asyura, 10 hari (terawal Zulhijjah), dan tiga  hari setiap bulan.”

Tidak ada kelebihan atau ganjaran khusus bagi puasa sunat bermula 1 hingga 8 Zulhijah kecuali pada hari Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijjah.

2. Berzikir

Antara amalan yang amat digalakkan sepanjang 10 awal Zulhijah adalah berzikir (Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar).

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu. (al-Hajj: 28)

Ibn Abbas r.a menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ sebagai 10 hari awal Zulhijah dan inilah pendapat majoriti ulama.

Diriwayatkan dalam Musnad Al-Imam Ahmad daripada Ibnu Umar RA, daripda Nabi SAW, Baginda bersabda,

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ

Maksudnya: ” Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil,takbir, dan tahmid pada-Nya.

Riwayat Imam Ahmad (6154)

3. Qiyamullail (bangun malam)

Berkenanan qiamullail pada 10 malam terawal Zulhijjah, ia sangat digalakkan dan hadis berkenaannya telah dinyatakan sebelum ini 

Kebiasaan Sa’id Bin Jubair, perawi yang meriwayat kan hadis ini daripada Ibnu Abbas R.A , apabila tiba 10 hari terawal Zuhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh beramal sehingga hampir-hampir tidak berdaya melakukannya. Diriwatkan daripanya lagi, katanya,” jangalah kamu memadamkan pelita pada waktu malam selama 10 hari ini kerana ibadah sangat disukai untuk dilakukkan saat itu.”

Sesungguhnya Allah SWT bersumpah dengan 10 malam terawal Zulhijjah dengan berfirman:

(وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢

Maksudnya : “Demi waktu fajar, dan 10 malam(serta hari terawal Zalhijjah).”

(Surah al-Fajr : 1-2)

Oleh itu,marilah kita beramal dan perbanyakkan amal kebajikan.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa melakukan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak.

Wallahua’lam

sumber – muftiwp

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini