Izhar Halqi

Izuan
izhar halqi

Izhar Halqi ialah salah satu hukum tajwid ketika membaca Al-Quran

Maksud Izhar Halqi

Apakah Izhar Halqi?

Izhar dari segi bahasa bermaksud terang, jelas

Dari segi hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.

Disebut sebagai izhar halqi (إِظْهَار حَلْقِى) kerana keenam-enam hurufnya keluar dari kerongkong atau halkum (halq).

Huruf Izhar Halqi

Huruf izhar halqi ada enam iaitu :

  1. Ha — ح
  2. Kha — خ
  3. Ain — ع
  4. Ghain — غ
  5. Hamzah — ء
  6. Ha’ — 

Hukum Izhar Halqi

Izhar Halqi terjadi apabila nun mati( نْ ) atau tanwin(   ــًــ , ــٍــ , ــٌــ ) bertemu salah satu huruf Izhar iaitu ح, خ, ع غ, ء, .

Maka cara bacaannya itu adalah terang dan jelas (izhar) tanpa dengung.

Cara Bacaan Izhar Halqi

Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf ن) dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut. Hendaklah berhati-hati agar tidak berlaku saktah

Contoh Izhar Halqi

1. Al-Baqarah : 47

ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ

2. Al-Maidah : 3

مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍۢ

3. Al-Anfal : 4

دَرَجَـٰتٌ عِندَ رَبِّهِمْ

4. Al-Furqan : 42

عَنْ ءَالِهَتِنَا

5. As-Sajdah : 7

كُلَّ شَىْءٍ خَلَقَهُۥ

Wallahua’lam

sumber – akuislam, tajwid-asas

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini