Rumah di Syeikh Jarrah, Palestin, dirampas secara paksa oleh Israel.

Izuan
syeikh jarrah

Pada bulan Ramadan kali ini, kita dikejutkan dengan berita berkenaan Syeikh Jarrah, Palestin.

Beberapa penduduk Palestin di sebuah kawasan bernama Syeikh Jarrah, telah diusir keluar oleh penduduk Israel. Tindakan yang ekstrim ini hasil daripada keputusan Mahkamah Israel yang membenarkan rakyatnya mengambil rumah secara suka hati.

Walhal, penduduk Palestin yang mempunyai rumah di sana telah menetap di sana berpuluh tahun. Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi kali ini kesedaran yang telah disebarkan melalui media sosial memberi kita kebenaran yang nyata

Jika kita memandang situasai ini dari sisi media Barat, anda akan melihat secara jelas pendirian mereka yang berat sebelah terhadap Israel.

Cuba bayangkan jika anda dihalau dari rumah anda tanpa hak. Ini merupakan sebuah penindasan dan kezaliman. Oleh itu, kita boleh lihat yang beberapa hari ni ada hashtag #savesyeikhjarrah sebagai tanda menentang penzaliman oleh bangsa Israel

Palestinian telah membuat demonstrasi secara aman di Syeikh Jarrah, tetapi dibalas dengan keganasan oleh tentera Israel. Tentera Israel datang dengan sut tentera, senapang dan grenade untuk menghentikan protes oleh orang Palestine

Tidak cukup dengan itu, tentera Israel turut mengancam mereka yang berada di Masjid Al-Aqsa kerana mereka tahu bahawa Umat Islam amat memuliakan Masjid Al-Aqsa.

Beberapa Fakta Tentang Apa Yang Berlaku Di Palestin

1
E1JGTb7WYAUhW p?format=jpg&name=large
E1JGUASXsAQXt2z?format=jpg&name=large
E1JGUs WQAQ4Vzm?format=jpg&name=large

sumber – middleeasteye.net

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini