Iktikaf di masjid merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Pengenalan
Iktikaf membawa maksud: Menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) yang dilakukan oleh seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan. Rujuk Nihayah al-Muhtaj, al-Ramli (3/213).
Apakah Hukum Iktikaf di Masjid ?
Kata al-Imam al-Nawawi Rahimahullah, hukum beriktikaf adalah sunnah mu’akkadah (yang sangat dituntut).
Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ia lebih dituntut. Dengan tujuan untuk mengikut petunjuk Nabi S.A.W dan mencari Lailatul Qadr. Rujuk Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/389).
Abdullah Ibn Umar R.anhuma beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Riwayat al-Bukhari (2025)
Cara Iktikaf Di Masjid
Terdapat empat rukun iktikaf:
1. Mu’takif (orang yang melakukan iktikaf)
Disyaratkan bagi sesiapa yang hendak melakukan iktikaf itu adalah seorang Muslim, berakal, serta suci dari sebarang hadas besar seperti junub, haid, dan juga nifas.
2. Iktikaf di Masjid
Apabila iktikaf tidak dilakukan di dalam masjid maka ianya tidak sah. Jangan lupa untuk solat tahiyatul masjid ketika masuk.
3. Niat Iktikaf
Niat iktikaf akan membezakan samada seseorang itu duduk di dalam masjid sekadar untuk berehat dan duduk di dalam masjid dengan tujuan untuk beribadah.
Sekiranya tiada niat iktikaf masjid, maka iktikafnya tersebut tidak sah.
4. Menetap di dalam masjid
Masjid adalah sebuah kawasan atau bangunan yang diwakafkan sebagai masjid, bukan untuk yang lainnya seperti madrasah atau ribat. Terdapat perbezaan antara masjid dan surau.
Boleh ke niat iktikaf di surau? Boleh baca penjelasan di artikel ini.
Kelebihan Iktikaf
Merehatkan diri daripada kesibukan dunia dan anak isteri, demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan sebagai bekalan jentera dalam melancarkan kegiatan hidup secara lebih baik. (Syarah Sohih Muslim 8/69, Bada’i As-Sona’i li Al-Kasani 1/107)
Seterusnya mendapat pahala berterusan selama dia berada dalam iktikaf walaupun ketika dia tidur.
Wallahua’lam
Keywords: niat iktikaf rumi, contoh iktikaf
Rujukan:
[…] Panduan Iktikaf di Masjid […]
[…] – Cara Iktikaf Di Masjid […]