Hukum Mesej Bukan Mahram, Antara Lelaki Perempuan

Izuan
mesej bukan mahram

Apa hukum mesej bukan mahram, adakah haram, harus atau sunat?

Jom kita belajar tentang hukum chat dengan bukan mahram.

Hukum asal sesuatu perkara ialah harus, melainkan ada perkara yang menjadikan ia haram, wajib atau sunat.

Sabda Nabi SAW :

لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya : “Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.” 

Riwayat Muslim (1341)

Perbualan antara lelaki dan perempuan jika tidak melepasi batasan syara’, maka dibolehkan. Contohnya, ada urusan penting, tiada unsur syahwat, menjaga adab sopan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak berkhalwat.

Hukum Isteri Whtasapp Lelaki Lain?

Dalam sejarah, kita dapat lihat isteri-isteri Rasulullah SAW berbicara dengan para sahabat. Siti Aisyah RA merupakan antara periwayat hadith yang hebat ketika itu, dan ada kalanya mengajar para sahabat setelah Baginda SAW wafat.

Melihat perkembangan teknologi sekarang, berkhalwat boleh terjadi secara alam maya. Contohnya, calling atau video call berdua-duaan sehingga menaikkan rasa syahwat. Walaupun niat yang baik pada mulanya, jika tidak mempunyai iman yang teguh, maka seseorang akan mudah terjatuh ke lembah maksiat dan terlupa menjaga ikhtilat dalam chatting.

Hukum call dengan bukan mahram harus pada asalnya, namun boleh jadi haram jika kita tidak menjaga syarat-syarat ikhtilat.

Hal ini kerana perbuatan khalwat (berdua-duan) itu sendiri merupakan suatu ruang yang besar untuk dimasuki oleh syaitan dalam usaha merosakkan anak Adam serta menimbulkan fitnah yang besar pada diri mereka. Hal ini bertepatan sebagaimana sabda Nabi SAW :

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya : “Ketahuilah bahawa tidaklah seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” 

Riwayat al-Tirmizi (2165)

Hukum suami mesej dengan perempuan lain sama seperti yang dijelaskan di atas. Cumanya sebagai suami orang, mesti lebih berdisplin dan tidak melayan perempuan lain jika tiada urusan.

Kesimpulannya

Hukum mesej bukan mahram atau chatting dengan bukan mahram itu menjadi haram ketika ada unsur maksiat dan mengundang fitnah. Jangan senang-senang je cakap hukum berbual dengan bukan mahram itu haram mutlak.

Orang yang beriman nescaya akan menjaga adab ketika berinteraksi dengan bukan mahram walaupun ketika mesej atau call di handphone kerana mereka yakin bahawa sesungguhnya Allah Maha Melihat. Jangan lupa bahawa setiap perbuatan kita akan disoal suatu hari nanti.

Wallahua’lam

sumber – 1, 2

Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest
Inline Feedbacks
Lihat Komen Sebelum Ini
1 year ago

Bagaimana pulak ketika bulan Ramadan?