Ada ke zikir dan doa selepas solat witir?
Ada bacaan zikir dan doa khusus selepas solat witir, tapi ramai yang masih belum tahu.
Doa Selepas Solat Witir Rumi
Menurut Imam al-Nawawi, selepas seseorang itu selesai menunaikan solat witir, dia digalakkan (sunat) untuk membaca sebanyak tiga kali zikir selepas solat witir:
ุณูุจูุญูุงูู ุงููู ููููู ุงูููุฏูููุณู
subhanal malikil quddus
Maksudnya: โMaha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.โ
Kemudian mengucapkan atau berdoa:
ุงููููููู ูู ุฅูููู ุฃูุนููุฐู ุจูุฑูุถูุงูู ู ููู ุณูุฎูุทููู ููุจูู ูุนูุงููุงุชููู ู ููู ุนููููุจูุชููู ููุฃูุนููุฐู ุจููู ู ููููู ููุง ุฃูุญูุตูู ุซูููุงุกู ุนููููููู ุฃูููุชู ููู ูุง ุฃูุซูููููุชู ุนูููู ููููุณููู
Allahumma inni a’uzu biridoka min sakhatika wabimua’fatika min uqubatika wa a’uzubika minka la uhsi sana’an alaika anta kama asnaitana’la nafsik
Maksudnya: โYa Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.โ
Dalil Doa Selepas Solat Witir
Kemudian, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa kedua-dua zikir ini adalah berdasarkan kepada dua hadith yang sahih, yang terdapat dalam sunan Abi Daud dan selainnya.
Daripada Ubai bin Kaโab, beliau berkata:
ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููุฑูุฃู ููู ุงููููุชูุฑู ุจูุณูุจููุญู ุงุณูู ู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนููููุ ููููู ุงูุฑููููุนูุฉู ุงูุซููุงููููุฉู ุจููููู ููุง ุฃููููููุง ุงููููุงููุฑููููุ ููููู ุงูุซููุงููุซูุฉู ุจููููู ูููู ุงูููููู ุฃูุญูุฏูุ ููููุง ููุณููููู ู ุฅููููุง ููู ุขุฎูุฑููููููุ ููููููููู โ ููุนูููู ุจูุนูุฏู ุงูุชููุณููููู ู -: ยซุณูุจูุญูุงูู ุงููู ููููู ุงููููุฏูููุณูยปุ ุซูููุงุซูุง
Maksudnya: โRasulullah SAW membaca dalam witirnya (pada rakaat pertama) dengan surah โุณูุจููุญู ุงุณูู ู ุฑูุจูููู ุงููุฃูุนููููโ, pada rakaat kedua dengan surah โูููู ููุง ุฃููููููุง ุงููููุงููุฑููููุโ, dan pada rakaat ketiga dengan surah โูููู ูููู ุงูููููู ุฃูุญูุฏูโ. Baginda tidak memberi salam melainkan pada rakaat yang terakhir dan mengucapkan โ yakni selepas memberi salam โ: โุณูุจูุญูุงูู ุงููู ููููู ุงููููุฏูููุณูโ sebanyak tiga kali.โ
Riwayat al-Nasaโi (1701)
Begitu juga terdapat riwayat daripada Ali bin Abu Talib R.A, beliau berkata:
ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููู โ ุตูู ุงูููู ุนููู ูุณูููู โ ููููููู ููู ุขุฎูุฑู ููุชูุฑููู : ุงููููููู ูู ุฅููููู ุฃูุนููุฐู ุจูุฑูุถูุงูู ู ููู ุณูุฎูุทููู ููุฃูุนููุฐู ุจูู ูุนูุงููุงุชููู ู ููู ุนููููุจูุชููู , ููุฃูุนููุฐู ุจููู ู ููููู , ููุง ุฃูุญูุตูู ุซูููุงุกู ุนููููููู ุฃูููุชู ููู ูุง ุฃูุซูููููุชู ุนูููู ููููุณููู
Maksudnya: โRasulullah SAW berdoa pada akhir witir Baginda: โYa Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.โโ
Riwayat Abu Dawud (1427); al-Tirmizi (3566); al-Nasaโi (1747); Ibn Majah (1179) dan Ahmad (1295). Syeikh Syuโaib al-Arnaโut dalam Takhrij al-Musnad (1259) menyatakan hadith ini sanadnya adalah kuat.
Wallahua’lam
